Namun, organisasi di sebalik acara tersebut, GSMA, masih lagi optimis untuk meneruskannya. Sementara itu, Richard Lai dari media Engadget China pula melaporkan bahawa Xiaomi tidak akan membawa ahli media China ke acara tersebut. Ini juga bermakna mereka Xiaomi belum lagi menarik diri dan akan meneruskan pertunjukan produk mereka.
https://twitter.com/richardlai/status/1224775675468341248
Walaupun LG bukannya dari syarikat China seperti ZTE dan Xiaomi, tindakan menarik diri ini juga semestinya diperhatikan oleh syarikat luar China. Mereka juga mungkin akan mengikut jejak langkah yang sama.
GSMA sebelum ini juga telah membuat kenyataan acara MWC 2020 akan diteruskan dengan peningkatan tahap kebersihan, dan juga sokongan perubatan. Menurut mereka, pekerja dan kakitangan mereka akan mengambil langkah yang lebih serius untuk mengawal dan seterusnya mengurangkan penyebaran virus berkenaan.
Setakat ini, coronavirus telah membunuh hampir 500 orang dengan kes yang disahkan melebihi 24,000. Walaupun GSMA akan meneruskan acara MWC ini, jika lebih ramai syarikat yang bakal menarik diri, kemungkinan besar acara ini akan dibatalkan seluruhnya.
Sumber: Android Authority, Digital Trends
Berkaitan
- Taman Tema Super Nintendo World Di Jepun Bakal Dibuka Secara Rasmi Pada Februari 2021
- Sony Juga Menarik Diri Dari Acara MWC 2020 Disebabkan Wabak Koronavirus
- Jualan Steam Autumn Sale 2020 Kini Bermula - Potongan Harga Permainan Sehingga 88%
- iPad Pro dan MacBook Pro Tahun 2020 Dijangka Guna Skrin Mini LED
- Pokémon Go Bakal Memperkenalkan Ciri Pertarungan Dengan Pemain Lain pada Tahun 2020
- Yoodo Menawarkan Kuota Data 2 Kali Ganda Secara Percuma Bermula 1 Disember 2020
- Cip Apple A14 Akan Guna Teknologi 5nm TSMC, Bakal Dihasilkan Secara Pukal Suku Kedua 2020
- Opensignal: U Mobile Satu-Satunya Rangkaian Berjaya Kekalkan Prestasi Cemerlang Kelajuan 4G Ketika PKP
- 10 Kata Laluan Tak Selamat Yang Masih Ramai Gunakan Pada 2020
- Berus Gigi Terbaharu Dari Colgate Boleh Beritahu Pengguna Tahap Kebersihan Gigi Secara Masa Nyata