Zaman Konsol Permainan Mungkin Berakhir Tidak Lama Lagi

Konsol permainan video sering menjadi idaman sebahagian daripada kita(lelaki kebanyakannya) pada zaman kanak-kanak. Bermain games beramai-ramai bersama rakan-rakan adalah merupakan antara pengalaman yang susah dilupakan.

Namun kini, dengan kebangkitan industri permainan video mudah alih, zaman konsol permainan dikatakan semakin hampir ke penghujungnya. Perkara ini diakui oleh beberapa pembangun permainan video sendiri.



Kebanyakan daripada mereka juga berpendapat bahawa pada masa hadapan, permainan video hanya akan distrim dan bukan dimiliki secara cakera atau digital. Ini bermakna pemain tidak lagi perlu memuat turun permainan yang ingin dimainkan.

Faktor kemajuan teknologi turut akan membolehkan kualiti yang ada pada konsol di bawa masuk ke peranti mudah alih selepas ini. Maka, pemain akan dapat permainan kegemaran mereka di mana sahaja tanpa mengira waktu.



Bagaimanapun, kami menjangkakan perkara ini tidak akan berlaku dalam masa terdekat. Ini kerana Microsoft baru sahaja mengesahkan mereka sedang membangunkan generasi baru bagi konsol popular mereka, Xbox.

Pencabar mereka, Sony dan Nintendo pasti tidak akan berdiam diri dan dijangka akan hadir dengan konsol generasi akan datang mereka tersendiri. Malah, jualan Xbox One, PS4 dan Nintendo Switch juga masih lagi baik walaupun berada di kadar yang semakin menurun.

 

Sumber