Selepas melancarkan hab video dengan durasi panjang, IGTV pada minggu lepas, hari ini mereka telah memperkenalkan pula fungsi panggilan video seperti yang dijanjikan. Pengguna Instagram kini boleh membuat panggilan video melalui fungsi Instagram Direct.
Kredit : TechCrunch
Bagi membuat panggilan video, pengguna cuma perlu membuka akaun rakan yang mahu dihubungi pada fungsi Direct dan tekan pada ikon panggilan video pada penjuru atas sebelah kanan. Fungsi ini seakan sama dengan fungsi panggilan video yang sedia ada digunakan pada Facebook Messenger.
Pengguna juga boleh membuat panggilan video secara berkumpulan sehingga empat orang pada satu masa. Namun seperti dijangka, fungsi ini tidak boleh digunakan sekiranya akaun yang mahu dihubungi telah di-block atau mute oleh pengguna.
Fungsi terbaru buat Instagram ini sedang diperkenalkan secara berperingkat untuk peranti iOS dan Android melalui kemaskini terbaru aplikasi berkenaan bermula hari ini.
Sumber
Berkaitan
- Facebook Mungkin Didenda RM 6.75 Bilion Akibat Pelanggaran Privasi Terbaru
- 6 Juta Unit Siri Xiaomi Mi 8 Berjaya Dijual Dalam Masa Empat Bulan
- Facebook Mahu Bangunkan Cip Pemprosesan Mereka Sendiri
- Samsung Galaxy Note 9 Dikatakan Lebih Pantas Berbanding iPhone X
- LG Sudah Siap Sedia Tawar Skrin Paparan Boleh Lipat Untuk Pasaran
- Google Menamatkan Google URL Shortener, Digantikan Dengan Servis Baru
- Honor Play - Peranti Dengan GPU Turbo Pertama Berlabuh Di Pangkalan Malaysia
- Giliran OPPO Reno 10X Zoom Pula Mendarat Di Malaysia Pada 27 Mei Ini
- Neffos X9 - Peranti RAM 3GB Bawah RM600, Berbaloi Ke?
- Huawei Mate 20 Pro Diperkenalkan Secara Rasmi Dengan Kamera Ultra-Wide & Pengecasan Terpantas