Prekuel Siri Game Of Thrones, House of The Dragon

House of The Dragon, Prekuel siri Game of Thrones terbaru berkisarkan latar belakang pemerintahan House of Targaryen




House of Dragon telah pun diumumkan produksinya oleh pihak HBO tahun lepas. Ia merupakan namun tidak banyak yang diketahui tentang siri terbaru yang diinspirasikan oleh penulis buku A Song of Ice and Fire, George R.R. Martin.

Menurut sumber dari Recapped penggambaran sudahpun dijadualkan pada tahun lepas di dua lokasi iaitu di UK dan Sepanyol. Pada ketika ini, pihak HBO sedang menjalankan pemilihan pelakon untuk dua watak utama iaitu Rhaenyra Targaryen (watak berumur lewat 20-an) dan Alicent Hightower (watak sedikit tua).



Di dalam dunia A Song of Ice and Fire, The Dance of the Dragons bermula apabila tercetusnya perebutan kuasa diantara Rhaenyra dan Alicent. Isteri pertama kepada King Viserys I Targaryen tidak boleh melahirkan anak lelaki, maka King Viserys melantik anak perempuannya, Rhaenyra untuk berada di Iron Throne.

Akan tetapi, isteri ke dua King Viserys, Alicent tidak bersetuju untuk memberikan Iron Throne kepada Rhaenyra sekaligus menyerahkan kuasa kepada anak lelaki pertamanya Aegon II Targaryen selepas kematian King Viserys.

Presiden Program HBO, Casey Bloys sebelum ini telah mendedahkan prekuel ini dijangkan akan disiarkan pada tahun 2022.

Siri TV Game of Thrones’ yang terkenal kerana adegan seks dan keganasannya yang grafik selain nilai penerbitan dan bajetnya yang luar biasa, menamatkan siarannya selama lapan musim pada awal tahun ini dengan 59 anugerah Emmy – satu rekod bagi sebuah drama atau komedi dalam versi televisyen bagi anugerah Oscar.

Prekuel baharu telah dicipta bersama oleh Martin dan Ryan Condal (‘Colony’), yang akan menulis siri 10 episod dan bertindak sebagai penerbit di samping Miguel Sapochnik.

Sapochnik mengarah beberapa episod ‘Game of Thrones’ termasuk ‘Battle of the Bastards’ yang memenangi anugerah Emmy.

Baca lagi: https://wiser.my/filem-aksi-hebat-yang-didominasi-oleh-pelakon-wanita/

Berkaitan