Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tiada Perkahwinan Dalam Permainan Video Doraemon: Nobita’s Story Of The Season

Tiada Perkahwinan Dalam Permainan Video Doraemon: Nobita’s Story Of The Season

Diterbitkan April 12, 2019 oleh Haikel Areff

Permainan video ala Harvest Moon, Doraemon: Nobita’s Story of the Season bakal dilancarkan untuk platform Nintendo Switch pada 13 Jun ini di Jepun.

Siri Story of the Season dikenali sebagai permainan video yang menfokuskan kepada gaya hidup, cinta dan kekeluargaan. Akan tetapi, nilai cinta mungkin tidak akan menjadi tumpuan pada keluaran kali ini.

Ini kerana pengeluarnya, Bandai Namco mengesahkan bahawa permainan itu tidak akan mempunyai sistem perkahwinan dan percintaan di dalamnya.

Menurut mereka, ia boleh mengurangkan keseronokan bermain kepada pemain. Berita ini mungkin sedikit mengecewakan kepada peminat siri permainan Story of the Season.

Bagaimanapun, tiada maklumat mengenai penawaran permainan Doraemon: Nobita’s Story of the Season bagi versi global telah didedahkan setakat ini.

 

Sumber: Ga-M via Switchsoku

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY