Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi Video Ringkas Vine Dihidupkan Semula Januari Ini

Aplikasi Video Ringkas Vine Dihidupkan Semula Januari Ini

Diterbitkan Disember 19, 2016 · Dikemas kini Disember 19, 2016 oleh Haikel Areff

Selepas Vine diumumkan bakal dijual pada bulan Oktober lepas, kita mungkin tidak lagi menaruh harapan kepada aplikasi video ringkas milik Twitter tersebut. Kini Twitter secara rasminya mengumumkan akan mengembalikan aplikasi Vine pada awal tahun hadapan. Ianya akan digelar sebagai Vine Camera.

Aplikasi yang berwajah baru ini measih mengekalkan fungsi yang sama dimana pengguna dapat merakamkan video pendek selama 6 saat dan pengguna juga seperti biasa dapat kongsikan video tersebut ke dalam akaun Twitter.

Setakat hari ini, pengguna Vine boleh menyimpan semua video yang telah dikongsikan di dalam aplikasi tersebut. Jika anda menggunakan aplikasi Vine di telefon pintar, anda hanya dapat menyimpan fail video yang boleh disimpan ke dalam memori telefon. Tapi jika anda mahu menyimpan video anda menggunakan laman web Vine.co, anda boleh menyimpan fail berbentuk index.html yang mengandungi kapsyen, bilangan ‘likes’, komen dan ‘revine’. Kepada pengguna tegar Vine, sila pastikan anda menyimpan segala fail anda sebelum ianya di tukar ke Vine Camera secara rasmi. Pengguna juga boleh memuat turun fail melalui email.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
©2026 WISER.MY