https://youtu.be/XGZY-JA-vw0
Video hasil tirisan MySmartPrice itu menampilkan beberapa fungsi menarik antaranya ialah tetapan lima kamera yang menangkap lima gambar sekaligus serta boleh menangkap 10 kali lebih cahaya berbanding kamera telefon pintar lain.
Selain itu, Nokia 9 PureView ini juga akan dikuasakan dengan Snapdragon 845 dan sistem operasi Android One, menjadikannya antara peranti paling berkuasa dengan sistem operasi tersebut.
Tambahan pula, peranti terbaru Nokia ini turut dilengkapi dengan paparan skrin berdefinisi tinggi 2K HDR 10 PureDisplay bersaiz 5.99-inci serta imbasan cap jari dari dalam skrin.
Nokia mungkin hanya akan menyediakan satu variasi sahaja bagi keluaran terbaru mereka ini iaitu 6GB RAM dengan simpanan dalaman 128GB.
Bagaimanapun, video ini adalah belum rasmi dan masih diperingkat ura-ura. Akan tetapi, jika benar, ia pastinya mampu melonjakkan kembali nama Nokia di persada antarabangsa tahun ini.
Sumber: MySmartPrice
Berkaitan
- Oppo A9 2020: Peranti Midrange Dengan Dual Dolby Atmos Speaker
- Nama Sebenar Android O Akhirnya Terjawab- Android Oreo
- Samsung Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Peranti Pertama Memiliki 12GB RAM Pada MWC 2019 Nanti
- Wiser ke MWC 2019, Peranti Boleh Lipat, Sub-Jenama, & Penyeluk Saku
- Kemaskini Terbaru Apple Music Untuk Android Mempamerkan Rekaan Baru
- iPhone Face ID - Ciri Futuristik Yang Bakal Mendatangkan Kerisauan Pengguna
- Xiaomi Sindir Rekaan Takuk Melalui Video Iklan Mi 9T
- HBO Membawakan Rancangan Game Of Throne Baru Untuk Menenangkan Peminat.
- Canon Perkenalkan Pencetak All-in-One Dengan Variasi Warna Menarik Serendah RM369
- HMD Global Lancar Nokia 7 Plus Bagi Pasaran Malaysia Dengan Harga RM 1,699