Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2019-08-28 at 8.47.58 PM

Video VIVO NEX 3 Dari Mrwhosetheboss, Memperlihatkan Rupa Sebenar Rekaan Skrin ‘Waterfall’

Diterbitkan Ogos 28, 2019 ยท Dikemas kini Ogos 28, 2019 oleh Haikel Areff

Vivo NEX adalah siri dari Vivo yang mengetengahkan revolusi dan teknologi baru dalam dunia telefon pintar. Bermula dengan Vivo NEX edisi pertama, peranti pertama yang membawakan rekaan kamera ‘pop-up’ yang sehingga kini digunapakai oleh kebanyakkan telefon pintar pada tahun 2019.

Kemudian, Vivo NEX 2 pula hadir dengan membawakan rekaan dwi-skrin yang mungkin sesuatu yang terlalu ekstrem. Rekaan dwi-skrin nampaknya tidak popular dikalangan pengguna disebabkan tidak pratikal untuk digunakan. Namun, tidak dapat disangkal ia adalah sesuatu yang sangat unik.

Tahun ini, giliran Vivo NEX 3 pula membuat kemunculan. Kali ini pihak Vivo membawakan rekaan skrin ‘air terjun’, dimana skrin dibahagian tepi melengkung sehingga separuh badan.

Screenshot 2019-08-28 at 8.06.29 PM

Screenshot 2019-08-28 at 8.07.52 PM

Screenshot 2019-08-28 at 8.47.58 PM

Screenshot 2019-08-28 at 8.47.35 PM

Melalui video dari Mrwhosetheboss kita dapat lihat betapa luasnya skrin dibahagian sisi peranti. Pada masa yang sama terdapat sensor yang menempatkan butang aras suara.

Dalam video beliau turut mebandingkan skrin melengkung pada peranti Samsung dan ternyata lengkungan pada Vivo NEX 3 lebih luas, hampir meliputi keseluruhan sisi badan peranti.

Screenshot 2019-08-28 at 8.10.17 PM

Di bahagian belakang pula memperlihatkan rekaan kamera bulat dengan menempatkan 3 kamera. Tiada info tentang kamera peranti ini setakat ini. Namun, kami jangkakan 3 kamera utama yang terdiri daripada lensa sudut luas, telefoto dan lensa utama.

Vivo seperti yang anda tahu merupakan pengeluar yang paling berinovatif dan agresif dalam membawakan kelainan pada telefon pintar. Mereka juga antara pengeluar pertama yang berani mengetangahkan fungsi pengimbasan cap jari di dalam skrin.

Mereka juga berkemungkinan mengadaptasikan teknologi pengecasan pantas 120W untuk Vivo NEX 3 ini.

Pihak Vivo Malaysia sendiri masih belum mempunyai jawapan sama ada peranti ini bakal dibawa ke Malaysia atau tidak. Jika ya, Vivo memberi jaminan Wiser.my akan menjadi antara yang pertama berpeluang untuk memegang peranti ini.

Sumber: Mrwhosetheboss

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY