Selain boleh diakses melalui aplikasi mandiri IGTV itu sendiri, pengguna Instagram sedia ada turut boleh mengakses IGTV melalui tab Explore pada aplikasi Instagram biasa yang digunakan sebelum ini. Namun, penggunaan aplikasi mandiri IGTV akan lebih memudahkan pengguna untuk melayari dan menonton video.
Pengguna juga boleh memuat naik video mereka sendiri dengan mendaftarkan channel mereka sendiri dan ia dapat dilakukan dengan cukup mudah. CEO Instagram Kevin Systrom berkata, pihaknya bercadang untuk membenarkan pengguna IGTV memuat naik video tanpa had durasi pada masa akan datang.
Systrom juga memberitahu bahawa tiada sebarang iklan pada peringkat awal pelancaran aplikasi ini, namun mereka akan berusaha untuk menyediakan platform untuk membolehkan penerbit video terutamanya yang berorientasikan perniagaan untuk menjana pendapatan melalui hab video ini.
IGTV ini menawarkan kandungan video yang akan ditayangkan secara menegak di mana penonton boleh meninggalkan komen atau Like. Pihak Instagram turut mendakwa IGTV ini hampir sama dengan siaran televisyen kerana video akan terus dipertontonkan sebaik sahaja pengguna membuka aplikasi berkenaan.
Pengguna Android dan iOS sudah boleh memuat naik aplikasi mandiri IGTV di Google Play Store dan Apple App Store secara berperingkat mulai hari ini.
Sumber
Berkaitan
- Huawei P30, Tepi Sikit Juara Kamera Baru Dah Datang Tumpaskan Abang-Abangnya
- Jualan Huawei P9 Mencecah 9 Juta Unit
- Xiaomi Mi 5C Bersama Cip Pemproses Sendiri Pinecone Surge S1 Diperkenalkan
- Xiaomi Bakal Menampilkan Dwi-Kamera Untuk Peranti Baru Mereka
- Peranti 5G Nubia Sah Akan Dilancarkan Pada Tahun Ini
- OPPO Menang Anugerah "One to Watch" Pada TechRadar Mobile Choice Consumer Awards 2018
- Vivo Memperkenalkan V7, Variasi Kedua Selepas V7 Plus- 24MP Kamera Selfie Dan Paparan Full View
- Xiaomi Mi 9 Terima Markah DxOMark Lebih Tinggi Dari iPhone XS Max & Galaxy Note 9
- Facebook Live Kini Tampil Untuk Platform PC
- Cara Untuk Menghentikan Aplikasi 'Pre-Installed' Untuk Telefon Android