Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
yes 5g (3)

YTL Menang Anugerah Kualiti Perkhidmatan Terbaik Dan 3 Lagi Di MCMC Star Rating Awards 2021

Diterbitkan Disember 23, 2022 · Dikemas kini Disember 23, 2022 oleh ariff bukhari

Dalam majlis anugerah MCMC Star Rating Awards 2021 yang berlangsung pada 21 Disember 2022 lalu, YTL Communications telah memenangi sebanyak 4 anugerah.

4 Anugerah itu adalah ‘Kualiti Perkhidmatan Terbaik,’ ‘Terbaik dalam Kepuasan Pengguna,’ ‘Terbaik dalam Tanggungjawab Sosial Korporat,’ dan ‘Operator Rangkaian Mudah Alih Terbaik dengan Kurang Daripada 5 juta pelanggan.’

YTL Menang Anugerah Kualiti Perkhidmatan Terbaik Dan 3 Lagi Di MCMC Star Rating Awards 2021

YTL berkata, pengiktirafan yang diterima mereka ini adalah sokongan yang kukuh terhadap pencapaian YTL Communications dalam memastikan tahap pematuhan yang tinggi terhadap keperluan kawal selia, pengalaman pelanggan berkelas tinggi dan sumbangan mereka kepada masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutif nya, Wing K. Lee berkata, menerusi Inisiatif Belajar dari Rumah Yayasan YTL, YTL telah berjaya menyediakan sebanyak 1.5 juta kad SIM 4G secara percuma dan 1 juta telefon pintar 4G percuma.

Photo 1

“Untuk diiktiraf oleh MCMC di atas kerja kami adalah merupakan satu penghormatan yang besar dan kami berterima kasih atas pengiktirafan ini. Kami tidak akan dapat melakukannya mencapai ini tanpa sokongan daripada rakan kongsi perniagaan kami yang dihormati, pasukan berdedikasi kami dan pelanggan kami yang dikasihi.​

Kami akan terus bekerja keras dalam misi kami untuk memberikan yang terbaik dalam memberikan perkhidmatan terbaik untuk memacu Malaysia segera ke arah ekonomi inklusif dan digital sepenuhnya.” Wing K. Lee, Ketua Pegawai Eksekutif  YTL Communications.

Berkaitan

  • Rangkaian 5G Hanya Ada Di Putrajaya Dan Cyberjaya? DNB Respons Pernyataan Maxis
  • Sebilangan Pengguna iPhone 14 Pro Lapor Masalah Skrin Dengan Garisan 'Berkelip'
  • DaVinci Resolve Kini Mula Tersedia Di iPad Secara Percuma

Sumber: Media YTL

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY