Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Davinci Resolve

DaVinci Resolve Kini Mula Tersedia Di iPad Secara Percuma

Diterbitkan Disember 23, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Davinci Resolve akhirnya tersedia dalam AppStore untuk pengguna-pengguna iPad. Aplikasi penyuntingan video ini hadir dalam 2GB dan bersesuaian dengan peranti yang menggunakan iPadOS 16 dan keatas serta cip A12 Bionic dan lebih baharu.

Berkaitan

  • Gagal Untuk Berkomunikasi Lagi, NASA Secara Rasmi Tamatkan Misi InSight Mars
  • Khas Buat 'Kipas Susah Mati', ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition Dijual Pada Harga RM4999
  • Sebilangan Pengguna iPhone 14 Pro Lapor Masalah Skrin Dengan Garisan 'Berkelip'
  • Cepat Sambar 3 Edisi Fallout Ini Sekaligus Berharga RM69 Secara Percuma Sekarang
  • Penggodam Boleh Buat Salinan Data Daripada Bilik Kebal Kami - LastPass

Namun, versi-versi iPad yang lama tidak dapat mengakses kesemua ciri yang disediakan oleh Davinci Resolve. Malah, terdapat beberapa model yang hanya terhad kepada projek HD sahaja.

Black Magic menyarankan pengguna untuk menggunakan aplikasi tersebut di iPad yang menggunakan M1 atau M2 iPad Pro. Ini kerana hanya beberapa ciri eksklusif sahaja yang dapat diakses oleh iPad M1 dan M2 seperti menyunting rakaman ProRes.

Aplikasi Davinci Resolve telah menyediakan beberapa ciri yang baharu dan berguna untuk penyuntingan video.

Pengguna boleh mengakses pelbagai jenis ciri seperti pembetulan warna, penyuntingan, kolaborasi cloud, AI-based magic masks dan isolasi bunyi.

Tambahan pula, pengguna juga boleh import projek DaVinci Resolve 18 yang sedia ada ke aplikasi iPad.

Davinci Resolve tersedia secara percuma namun terdapat beberapa ciri premium berbayar tersedia untuk pengguna boleh menikmati penyuntingan video tanpa had.

Sumber: macrumors

Gambar Utama: macrumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY