Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Premium_wisermy

YouTube Siasat Isu Pengguna Premium Masih Lihat Paparan Iklan

Diterbitkan Oktober 22, 2024 · Dikemas kini Oktober 22, 2024 oleh Amalina Athman

Tujuan utama melanggan YouTube Premium adalah untuk meningkatkan pengalaman tontonan video tanpa sebarang iklan.

Namun, sebaliknya pula berlaku apabila sebilangan pengguna Premium kini mendakwa mereka masih melihat paparan iklan, walaupun telah membayar untuk perkhidmatan tersebut.

Dalam siaran Reddit, seorang pengguna Premium berkongsi tangkapan skrin aplikasi YouTube yang menyiarkan iklan untuk Google Workspace. Ini bukan kali pertama perkara sedemikian dilaporkan. Seorang pengguna lain turut melaporkan telah melihat iklan untuk YouTube Playables.

Reddit_seeing ads

Melalui Android Authority, jurucakap Google berkata,

Pelanggan YouTube Premium tidak seharusnya ditunjukkan iklan dalam suapan rumah (home feed) mereka dan kami sedang meneliti mengapa ini mungkin berlaku. Kami juga telah memberitahu pengguna itu bahawa mereka harus menghubungi (bahagian) sokongan.

Sementara di halaman sokongan YouTube, ia menyatakan perkhidmatan itu sepatutnya mengalih keluar iklan sebelum dan semasa video dimainkan. Pengguna premium juga tidak seharusnya melihat banner iklan pihak ketiga atau iklan carian.

Berkaitan

  • YouTube Shorts Akan Sokong Hingga 3 Minit, Bermula Oktober Ini
  • Stok Terhad: Barang Elektronik Murah di Shopee – Jangan Lepaskan Peluang!
  • YouTube Nafi Sembunyi Butang 'Skip', Hanya Ubah Elemen Iklan
  • Ciri-Ciri Baharu YouTube Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY