Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Shorts

YouTube Shorts Akan Sokong Hingga 3 Minit, Bermula Oktober Ini

Diterbitkan Oktober 4, 2024 · Dikemas kini Oktober 4, 2024 oleh Rushsyafizal

Berita baik kepada semua pencipta dan peminat YouTube Shorts di mana mulai 15 Oktober 2024, anda kini boleh memuat naik video sehingga 3 minit, menjadikan penceritaan dalam Shorts lebih mendalam dan kreatif.

Perubahan ini hanya terpakai kepada video bersaiz segi empat atau lebih tinggi, dan tidak akan menjejaskan video yang dimuat naik. Untuk memudahkan pencipta mengikut trend terkini, YouTube kini memperkenalkan templat yang boleh digunakan dengan menekan “Remix” pada video Shorts dan memilih “use this template”.

YouTube Shorts Akan Sokong Hingga 3 Minit, Bermula Oktober Ini

Dalam beberapa bulan akan datang, pencipta juga boleh remix klip daripada video YouTube kegemaran mereka, malah boleh menggunakan pelbagai klip dari seluruh platform YouTube.

YouTube juga memperkenalkan halaman Shorts Trends di aplikasi mudah alih, memudahkan anda melihat trend terkini. Selain itu, anda akan dapat pratonton ulasan terus dari feed Shorts tanpa perlu membuka bahagian komen, memudahkan anda untuk melihat perbualan yang sedang berlangsung.

YouTube Shorts Akan Sokong Hingga 3 Minit, Bermula Oktober Ini

Bagi mereka yang kurang gemar dengan Shorts, YouTube juga memperkenalkan pilihan untuk menunjukkan lebih sedikit Shorts di Home feed. Anda hanya perlu tekan tiga titik di sudut kanan atas grid Shorts dan pilih “Show fewer Shorts”. Walaupun ini hanya berfungsi secara sementara, ia masih satu penambahbaikan bagi mereka yang ingin mengurangkan tontonan Shorts.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Gemini Live Tambah Sokongan Lebih 40 Pilihan Bahasa
  • Infinix HOT 50 5G Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 7 Oktober 2024
  • Siri RedMagic Terbaru Ini Atasi ROG Phone 8 Pro Dalam Carta Terkini Penanda Aras AnTuTu
  • Umur Baru Setahun Jagung, Tapi Komet Ini Sudah Menarik Minat Jurugambar Astronomi Seluruh Dunia

Sumber : Youtube Official Blog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY