Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
youtube shorts

YouTube Shorts Perkenal Ciri Sari Kata Automatik Seakan TikTok Dan 5 Ciri Baharu

Diterbitkan Julai 12, 2024 oleh ariff bukhari
YouTube Shorts memperkenalkan 6 ciri baharu bagi bersaing dengan ciri yang ditawarkan TikTok.

Salah satunya adalah ciri menghasilkan sari kata untuk video secara automatik, Text to Speech.

“Dengan Text to Speech, pencipta akan mempunyai lebih banyak cara untuk menyatakan diri mereka dengan mempunyai teks pada Short anda yang dikisahkan atau diucapkan dengan lantang. Selepas anda merakam Short, tambah teks anda dan ketik ikon “Add voice” di bahagian atas sebelah kiri di mana anda boleh mencari empat suara untuk dipilih.

YouTube Shorts Perkenal Ciri Sari Kata Automatik Seakan TikTok Dan 5 Ciri Baharu

Ciri ini akan dapat membantu golongan pekak atau mereka yang menonton video tanpa audio mengikuti kandungan yang dipaparkan.

Selain itu, YouTube Shorts perkenalkan ciri “Auto Layout” yang memudahkan video panjang diubah menjadi Shorts.

YouTube Shorts Perkenal Ciri Sari Kata Automatik Seakan TikTok Dan 5 Ciri Baharu

Ciri ini akan tiba tidak lama lagi pada peranti Android. YouTube menjelaskan, ciri ini secara automatik menjejaki subjek utama dalam video semasa anda mengubahnya menjadi Short.

Ini bermakna apabila anda mengadun semula video bentuk panjang ke dalam Shorts, suntingan video panjang secara automatik akan dijadikan video Shorts.

YouTube juga meraikan ulang tahun ke-15 Minecraft, dengan menyediakan 2 efek baharu dalam Shorts yang baru-baru ini telah dilancarkan.

Satu lagi ciri baru yang bakal tiba di Shorts adalah anda akan dapat menambahkan kapsyen yang dijana secara automatik pada kandungan anda untuk membantu Shorts anda menjadi lebih seronok, menarik, mudah diakses dan membantu orang yang menonton dalam keadaan mute.

YouTube Shorts Perkenal Ciri Sari Kata Automatik Seakan TikTok Dan 5 Ciri Baharu

Juga ciri yang telah dilancarkan adalah ciri adunan semula (remixing tools) ke atas video anda.

YouTube Shorts Perkenal Ciri Sari Kata Automatik Seakan TikTok Dan 5 Ciri Baharu

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • YouTube Mudahkan Buang Lagu Hak Cipta Kepada Pencipta Kandungan

Sumber: YouTube

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY