Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
erase song youtube

YouTube Mudahkan Buang Lagu Hak Cipta Kepada Pencipta Kandungan

Diterbitkan Julai 6, 2024 · Dikemas kini Julai 6, 2024 oleh ariff bukhari

Dengan bantuan ‘algoritma berkuasa AI baharunya,’ pencipta kandungan di YouTube akan boleh mengalih keluar lagu berhak cipta daripada video dengan cepat sambil membiarkan audio yang lain.

Ia selepas YouTube mengemas kini ciri ‘Padam Lagu’ (Erase Song) di YouTube Studio yang akan membolehkan anda senyapkan muzik berhak cipta tanpa menjejaskan seluruh audio.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YouTube Neal Mohan dalam hantarannya di X, yang turut memaut ke video tutorial yang menerangkan cara menggunakan ciri tersebut.

https://x.com/nealmohan/status/1808587459132825844

Biasanya, mereka yang menerima aduan hak cipta pada video mempunyai beberapa pilihan pengeditan, termasuk: memangkas (trim) video, meredam (mute) semua audio atau menggantikan lagu yang dipersoalkan.

Ciri ‘Erase Song‘ telah tersedia dalam versi beta, tetapi ia “tidak setepat” seperti yang diingini  YouTube, jadi syarikat itu menambah “algoritma berkuasa AI baharu untuk mengenal pasti dan mengalih keluar kandungan berhak cipta dengan lebih tepat.”

Terdapat dua pilihan apabila pencipta mengklik “‘Erase Song“:  Erase song dan Mute semua bunyi.

Pada halaman ringkasan hak cipta video, klik Select Action > Erase song. Dari sana, pilih Erase song atau Mute semua bunyi dalam segmen yang dituntut.

Jika anda memilih yang terakhir, semua bunyi akan diredamkan dalam bahagian  termasuk lagu berhak cipta, tetapi Erase song hanya akan mengalih keluar lagu itu, sementara alih suara dan audio lain akan kekal.

Halaman sokongan YouTube memberi amaran bahawa jika mana-mana kandungan berhak cipta kekal dalam video anda, “tuntutan tidak akan dialih keluar”—dan pencipta kandungan tidak akan dapat monetize hasil kerja mereka.

Jadi, jika anda trim klip secara manual, pastikan anda lakukannya dengan betul semuanya.

Ciri Erase Song yang dikemas kini pada YouTube Studio versi desktop dan YouTube Studio Mobile dijangka akan tiba dalam beberapa minggu akan datang.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Aplikasi YouTube Mungkin Akan Hadir Dengan Ciri 'Sleep Timer'

Sumber: YouTube Creator Insider, Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY