Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Kini Menyekat Mod Picture in Picture Melalui Pelayar Pada iOS 14

YouTube Sekat Semula Mod Picture-in-Picture Melalui Pelayar Pada iOS 14

Diterbitkan Oktober 26, 2020 · Dikemas kini Disember 10, 2020 oleh Amalina Athman

Melalui kemaskini iOS 14 yang lalu, Apple telah memperkenalkan mod Picture-in-Picture (PiP) yang membolehkan pengguna menonton video dengan skrin kecil sambil melayari aplikasi lain.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, tiada sokongan mod PiP yang ditawarkan pada aplikasi YouTube. Sebagai alternatif, pengguna boleh menonton YouTube versi web dengan menggunakan mod PiP jika ditonton melalui pelayar.

Bagaimanapun, hanya setelah beberapa hari ditawarkan, YouTube mula menyekat fungsi ini dan menawarkannya melalui langganan YouTube Premium sahaja.

Kemudian, YouTube mula mengembalikan semula fungsi mod Picture in Picture (PiP) kepada semua pengguna walaupun tanpa langganan YouTube Premium pada awal Oktober lalu.

Terbaru, fungsi mod PiP melalui pelayar nampaknya sekali lagi telah disekat oleh YouTube dan hanya ditawarkan bagi langganan YouTube Premium. Alternatif seperti memainkan video di YouTube pada pelayar dengan menetapkannya sebagai “Request Desktop Website” juga turut disekat.

Bagi aplikasi YouTube pula, sehingga kini versi percuma mahupun Premium masih belum menyokong mod PiP tersebut.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY