Mod PiP Melalui Pelayar Pada iOS 14 Kini Kembali Tanpa Langganan YouTube Premium

Melalui kemaskini iOS 14 yang lalu, Apple telah memperkenalkan mod Picture-in-Picture (PiP) yang membolehkan pengguna menonton video dengan skrin kecil sambil melayari aplikasi lain. Ia juga memerlukan sokongan pembangun aplikasi untuk mengaktifkan ciri ini pada platform tertentu.

Bagi aplikasi YouTube, tiada sokongan pada platform itu. Sebagai alternatif, pengguna boleh menonton YouTube versi web dengan menggunakan mod PiP jika ditonton melalui pelayar.

Bagaimanapun, hanya setelah beberapa hari ditawarkan, YouTube mula menyekat fungsi ini dan menawarkannya melalui langganan YouTube Premium sahaja.

picture in picture iOS 14

Terbaru, YouTube nampaknya telah mengembalikan semula fungsi ini kepada semua pengguna walaupun tanpa langganan YouTube Premium. Oleh itu, semua pengguna YouTube kini boleh menggunakan mod PiP melalui pelayar termasuk Safari, Chrome dan sebagainya.