Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Perkenal Lima Ciri Baharu Untuk Pelanggan Berbayar

YouTube Perkenal Lima Ciri Baharu Untuk Pelanggan Berbayar

Diterbitkan April 11, 2023 · Dikemas kini April 11, 2023 oleh Amalina Athman

YouTube kini telah mengumumkan lima ciri baharu untuk pelanggan berbayar, YouTube Premium. Antaranya termasuk penstriman video 1080p Premium, sokongan iOS SharePlay dan lain-lain.

Berkaitan

  • YouTube Uji Penstriman Video '1080p Premium', Tapi Terhad Untuk Pelanggan Berbayar
  • CEO Youtube Kongsi Apa Keutamaan Untuk 2023
  • YouTube Buang Iklan Berbentuk 'Overlay' Mulai April
  • Giliran Saluran YouTube Monsta Pula Terima Anugerah 'Diamond Play Button'

Berikut adalah antara ciri baharu yang mula ditawarkan untuk pengguna Premium.

1. Ciri ‘Queue’

Que YouTube Premium

Pengguna YouTube Premium kini boleh menetapkan video yang akan dimainkan selanjutnya, dengan menggunakan ciri ‘queue’ di telefon atau tablet.

2. Sambung semula tontonan

Kini tersedia di peranti Android, iOS dan Web, pengguna Premium boleh menyambung semula tontonan video YouTube yang belum selesai dimainkan sebelumnya.

Continue Watching YouTube Premium

Ciri ini tersedia merentasi peranti dengan akaun yang sama. Sebagai contoh, jika sebelumnya anda menonton di telefon tetapi belum selesai, tontonan berkenaan boleh disambung semula di YouTube versi Web.

3. Smart Download

Menerusi Smart Download, YouTube secara automatik akan menambah video yang disyorkan ke library pengguna, dengan sambungan Wi-Fi.

Smart Download YouTube Premium

4. Sokongan SharePlay

Melalui Meet Live Sharing pada peranti Android, pelanggan berbayar atau percuma boleh menjadi hos di sesi Google Meet dan menonton video YouTube bersama semua peserta yang lain.

Dalam beberapa minggu akan datang, keupayaan serupa akan tersedia untuk pengguna FaceTime pada iOS melalui SharePlay.

5. Penstriman video 1080p Premium

Bagi memberikan kualiti video yang lebih baik kepada pengguna Premium, dalam beberapa minggu lagi YouTube akan memperkenalkan versi kadar bit dipertingkat untuk kualiti video HD 1080p, bermula pada peranti iOS terlebih dahulu.

1080 Premium

Menurut YouTube, penstriman video dengan tetapan kualiti “1080p Premium” ini akan kelihatan lebih jelas, terutamanya bagi video yang mempunyai banyak perincian dan pergerakan.

Walau bagaimanapun, perlu diketahui akses penstriman video 1080p sebelum ini masih boleh diakses untuk semua pengguna sama ada Premium atau percuma.

Sumber: YouTube Blog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY