Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iklan youtube overlay

YouTube Buang Iklan Berbentuk ‘Overlay’ Mulai April

Diterbitkan Mac 8, 2023 · Dikemas kini Mac 8, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Mulai 6 April 2023, YouTube tidak lagi akan memaparkan iklan dalam bentuk overlay atas video untuk pengguna komputer. Iklan ini sudah sememangnya tidak terpapar pada telefon pintar.

Iklan overlay ini terpapar dalam bentuk segi empat, melintang di bahagian bawah dalam video dan kedudukannya hampir dengan seekbar.

iklan youtube overlay

Ia kadangkala disebut sebagai iklan banner dalam kalangan pengguna tempatan. Jika tidak jelas, anda boleh lihat iklan ini dalam gambar di atas dan bawah.

Untuk pencipta kandungan, YouTube berkata impak ketiadaan iklan ini kecil sahaja memandangkan ia pun selama ini hanya tersedia pada versi desktop.

iklan youtube overlay 2

 

Mereka juga mengakui bahawa ia iklan overlay ini menganggu penonton.

Kata syarikat itu, tindakan ini diambil untuk menambah baik pengalaman menonton video dan menumpukan terhadap format iklan yang lebih berprestasi tinggi.

Jenis iklan dalam video

Justeru, kini tinggal 3 jenis iklan yang akan terpapar dalam video, seperti dalam jadual di bawah.

jenis iklan youtube

Namun jika anda pengguna Premium, hal-hal iklan ini di luar ‘pemandangan’ anda kerana anda sudah pun bayar YouTube untuk tidak diganggu iklan.

Apakah YouTube akan memperkenal jenis format baharu kelak?

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY