Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Uji Penstriman Video ‘1080p Premium’, Tapi Terhad Untuk Pelanggan Berbayar

YouTube Uji Penstriman Video ‘1080p Premium’, Tapi Terhad Untuk Pelanggan Berbayar

Diterbitkan Februari 24, 2023 · Dikemas kini Februari 24, 2023 oleh Amalina Athman

YouTube kini mengesahkan pihaknya sedang menguji pilihan penstriman video kualiti tinggi ‘1080p Premium’ untuk pelanggan berbayar.

Berkaitan

  • Ini Senarai 10 Video YouTube Paling Sohor Kini Di Malaysia Sepanjang 2022
  • Cara Mudah Memainkan Muzik Youtube Tanpa Membuka Aplikasi Pada iPhone

Menurut The Verge, jurucakap YouTube menyatakan buat masa ini pilihan penstriman berkenaan tersedia untuk sebilangan kecil pelanggan YouTube Premium.

Jelasnya, 1080p Premium merupakan versi 1080p dengan kadar bit yang dipertingkatkan, di mana ia menyediakan lebih banyak butiran setiap piksel yang menghasilkan pengalaman tontonan berkualiti tinggi.

1080P Premium YouTube

Walaupun 1080p menerangkan resolusi video, atau bilangan piksel yang membentuk imej, namun terdapat banyak faktor lain yang mempengaruhi kualiti video secara keseluruhan. Sebagai contoh, kadar bit dan kedalaman warna juga merupakan faktor penting dan malah boleh menjadikan video 1080p kelihatan lebih baik berbanding rakaman 4K. Kadar bit sering digunakan bagi menerangkan jumlah data yang digunakan untuk memindahkan setiap saat video.

Berbalik kepada konteks, wakil YouTube menyatakan pengguna yang tidak melanggan YouTube Premium tidak perlu bimbang kerana tiada perubahan pada tawaran kualiti sedia ada untuk resolusi 1080p (HD) di YouTube.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY