Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
youtube premium (2)

CEO Youtube Kongsi Apa Keutamaan Untuk 2023

Diterbitkan Mac 3, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

CEO YouTube Neal Mohan berkata mereka akan menetapkan beberapa perkara sebagai keutamaan sepanjang 2023 iaitu pelaburan dalam ekonomi pencipta kandungan, mencipta YouTube untuk masa depan dan melindungi komuniti.

Untuk pencipta kandungan, YouTube berazam akan menyediakan lebih banyak kaedah untuk mereka memperoleh wang dan mendengar maklum balas.

youtube 2023 Priorities

Platform itu juga mahu memudahkan pengguna memuat naik podcast selepas ini memandangkan bentuk kandungan itu semakin mendapat sambutan.

Kebelakangan ini juga sering orang bercakap soal kecerdasan buatan (AI), YouTube berkata tidak terburu-buru untuk itu dan mahu memastikan garis panduannya dirangka dengan teliti.

Berkenaan perlindungan komuniti pula, platform itu berkata mereka akan terus bekerjasama dengan penggubal dasar untuk berkongsi perspektif yang memberikan kesan kepada pencipta kandungan.

Di samping itu, ciri yang akan ditumpukan pula ialah Shorts memberi pencipta kandungan jangkauan yang lebih hebat – kini purata tontonan Shorts mencecah lebih 50 bilion setiap hari. Pada tahun lepas, bilangan saluran yang memuat naik video pada Shorts melonjak lebih 80% setiap hari.

Berkaitan

  • Ini Perbandingan Antara Tiga Aplikasi Muzik Terkenal Di Malaysia
  • Ini Senarai 10 Video YouTube Paling Sohor Kini Di Malaysia Sepanjang 2022
  • YouTube Genap 18 Tahun Hari Ini, Mari Telusuri Sejarahnya
  • Cara Mudah Memainkan Muzik Youtube Tanpa Membuka Aplikasi Pada iPhone
  • YouTube Uji Penstriman Video '1080p Premium', Tapi Terhad Untuk Pelanggan Berbayar
  • Kemas Kini Baharu Windows 11 - Ada Bing Dengan AI, Snipping Tools Mampu Rakam Video

Bagaimana dengan masa depan?

Neal Mohan mengakui mereka sedang menghadapi cabaran ekonomi yang membelenggu dan keadaan geopolitik yang tidak menentu.

AI membuka jalan untuk peluang kreatif yang dahsyat tetapi ia mestilah diseimbangkan dengan pengawasan yang bertanggungjawab, tambahnya.

Pencipta kandungan, penonton dan pengiklan mempunyai pilihan yang lebih pelbagai untuk meluangkan masa mereka berbanding dengan dahulu dan platform seperti YouTube perlu memberikan perkhidmatan yang baik melalui pelbagai format sambil melabur dalam dasar yang melindungi platform daripada kemudaratan dunia sebenar.

Sumber: Siaran Akhbar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY