Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Halang Penyekat Iklan, YouTube Berdepan Tuduhan Mengintip

Aplikasi YouTube Mungkin Akan Hadir Dengan Ciri ‘Sleep Timer’

Diterbitkan Jun 25, 2024 · Dikemas kini Jun 25, 2024 oleh Amalina Athman

Sleep timer atau pemasa tidur merupakan ciri biasa yang tersedia dalam aplikasi penstriman muzik, membolehkan muzik dihentikan secara automatik dalam tempoh yang ditetapkan oleh pengguna.

Seperti namanya, ciri ini sesuai digunakan untuk waktu tidur. Tidak lama lagi, YouTube untuk Android mungkin menambah sokongan untuk ciri pemasa tidur.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Google Batalkan YouTube Premium Yang Dilanggan Lebih Murah Melalui VPN
  • YouTube Sahkan Tindakan Terhadap Pengguna VPN Akses Pelan Premium Lebih Murah

Menurut Android Authority, versi terkini YouTube (versi beta 19.25.33) untuk Android menunjukkan rujukan kepada ciri pemasa tidur dalam aplikasi YouTube.

sleep timer youtube_1

Rujukan itu mencadangkan pengguna boleh menentukan jam dan/atau minit yang tinggal sehingga main balik (playback) berhenti. Namun begitu, belum diketahui jika dan bila ia akan tersedia kepada umum.

Untuk rekod, YouTube Music sudah pun menawarkan fungsi ini, tetapi tidak pada aplikasi video. Pengguna Android terpaksa menggunakan aplikasi atau penyelesaian pihak ketiga untuk mendapatkan fungsi yang serupa di YouTube.

Sementara pengguna iPhone pula boleh menetapkan pemasa tidur dengan pergi ke sistem aplikasi Clock > Timers > When Timer Ends > Stop Playing.

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY