Menerusinya, pengguna YouTube boleh melompat (jump forward) ke bahagian tertentu pada video, tonton semula sebahagian video dan banyak lagi.
Bagaimanapun, tidak ramai pengkarya yang menggunakan ciri ini. Antara sebab utama adalah memerlukan masa untuk menetapkannya semasa proses penyuntingan.
Terbaru, bagi mengatasi masalah berkenaan, YouTube telah menggunakan pembelajaran mesin (machine learning) untuk menetapkan Video Chapters secara automatik. Pengujian bagi ciri baharu ini juga telah mula dijalankan.
Melalui pembelajaran mesin ini, ia digunakan untuk menganalisis setiap segmen, terutamanya jika ada mana-mana teks yang terpapar. Kemudian, segmen berkenaan akan dinamakan secara auto-generate dan melaksanakannya pada video, tanpa sebarang input dari pengkarya yang diperlukan.
Buat masa ini, YouTube telah mula menguji ciri ni bagi beberapa koleksi video dan akan diperkenalkan jika berjaya melepasi fasa ujian.
Sumber: Android Police
Berkaitan
- Canon Perkenal EOS R5, Kamera Mirrorless Dengan Rakaman Video 8K
- OpenAI Perkenal Sora - Boleh Hasilkan Video AI Daripada Teks
- Cara "Scroll" Video TikTok Secara Automatik
- YouTube Kini Sasarkan Aplikasi 'Ad Block' Pihak Ketiga
- Belum Lagi Dilancar, Tapi Video 'Unboxing' Siri Pixel 8 Sudah Tertiris
- YouTube Akan Sekat Dan Keluarkan Video Teori Konspirasi 5G Dengan Covid-19
- Google Play Music Akan Ditamatkan Hujung Tahun Ini, Diganti Dengan YouTube Music
- Mod PiP Melalui Pelayar Pada iOS 14 Kini Kembali Tanpa Langganan YouTube Premium
- Video Acah Galaxy Unpacked Sahkan 5 Produk Yang Akan Dilancar 5 Ogos Nanti
- Pengguna YouTube Premium Kini Boleh Cuba Dua Ciri Baharu Dengan Integrasi AI