Ini Adalah 5 Ciri Baharu Di YouTube Yang Boleh Anda Cuba

Sejak semalam, YouTube mula melepaskan kemas kini pada peranti iOS dan Android. Melalui kemas kini terbaru ini, YouTube menyediakan beberapa ciri baharu termasuk Video Chapters, halaman yang diperkemas dan sebagainya.

Oleh itu, di bawah ini adalah beberapa ciri baharu di YouTube yang boleh anda cuba.

Video Chapters




Dengan Video Chapters, ia membantu anda menavigasi video dengan lebih baik. Anda boleh melompat (jump forward) ke bahagian tertentu pada video, tonton semula sebahagian video dan banyak lagi. Ciri ini termasuk list view baharu yang membolehkan anda tap atau tekan tajuk bahagian tertentu pada kandungan video tersebut dengan mudah.

Halaman yang diperkemas




Kini, untuk menjadikan caption lebih mudah diakses, butang tersebut dipindahkan ke lokasi yang lebih menonjol, secara langsung pada pemain video di telefon. Autoplay toggle turut dipindahkan ke bahagian yang sama untuk memudahkan ia diaktifkan atau dinyahaktif.

Gunakan gesture untuk lebih efisyen




Sebelum ini, YouTube menyediakan ciri yang membolehkan anda fast forward atau rewind video selama 10 saat dengan hanya tap dua kali di kiri atau kanan.

Kini, anda boleh keluar dan masuk mod skrin penuh dengan lebih mudah. Hanya perlu meleret ke atas untuk skrin penuh dan leret ke bawah untuk keluar.

Cadangan tindakan


Ciri baru Youtube

YouTube turut dikemaskini dengan ciri cadangan tindakan atau suggested actions. Sebagai contoh, YouTube akan menyarankan pengguna memutar telefon atau mainkan video dalam VR apabila dirasakan cara tersebut akan memberikan pengalaman menonton dengan lebih baik.

Bedtime Reminders


Ciri baru Youtube

Ia merupakan peralatan (tool) yang membolehkan anda menetapkan waktu tertentu untuk berhenti menonton video dan tidur. Dengan itu, ia dapat membantu menguruskan waktu anda di YouTube.

Ciri ini boleh diakses melalui Account > Time watched > Remind me when it's bedtime > tetapkan masa > OK.

Sumber: YouTube

Berkaitan