Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
yotuube 5g

YouTube Akan Sekat Dan Keluarkan Video Teori Konspirasi 5G Dengan Covid-19

Diterbitkan April 6, 2020 ยท Dikemas kini Disember 10, 2020 oleh Amalina Athman

Baru-baru ini, terdapat teori konspirasi yang cuba mengaitkan pandemik Covid-19 dengan teknologi 5G. Sebagai langkah untuk menyekat penyebaran tersebut, YouTube merancang untuk menyekat video seperti itu.

Ini kerana, ia melanggar polisi terbaru berkaitan halangan video mempromosikan kaedah perubatan yang tidak berasas untuk mencegah jangkitan Covid-19. Bagaimanapun, ia tidak akan menghentikan sepenuhnya semua video konspirasi 5G tersebut.

YouTube Akan Sekat Dan Keluarkan Video Teori Konspirasi 5G Dengan Covid-19

Sebaliknya, YouTube berkata ia menekan “borderline content” yang boleh mengelirukan orang ramai dalam cara yang berbahaya seperti teori konspirasi teknologi 5G dan wabak itu sendiri. Langkah ini termasuk mengurangkan senarai cadangan bagi video, mengeluarkan dari hasil carian dan hasil iklan.

Pendekatan YouTube mungkin dapat menangani situasi yang segera, tetapi tidak sepenuhnya untuk menangani masalah jangka masa panjang.

Terdahulu, sekurangnya 7 menara sel telah dibakar pada minggu lalu di United Kingdom, 4 menara dibakar pada 24 jam lepas setelah teori konspirasi dalam talian itu mendakwa hubungan antara menara sel dan pandemik Covid-19. Malah, menara bukan 5G turut terkena tempias dan dibakar.

Sumber: Engadget

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY