Canon Perkenal EOS R5, Kamera Mirrorless Dengan Rakaman Video 8K

Canon Malaysia kini mengumumkan pelancaran dua kamera mirrorless full-frame di bawah siri EOS-R iaitu Canon EOS R5 dan Canon EOS R6. Kedua-dua kamera ini dilengkapi pemproses imej DIGIC X dan Dual Pixel AF II untuk mempertingkatkan keupayaan autofokus.

Canon EOS R5


harga Canon EOS R5

EOS R5 merupakan kamera mirrorless full-frame pertama Canon yang mempunyai kemampuan untuk merakam video dengan resolusi 8K.

Canon EOS R5 dibina dengan pemproses DIGIC X dan sensor 45MP CMOS yang membolehkannya merakam video 8K RAW pada kadar 30fps. Menurut Canon, EOS R5 boleh membuat rakaman video 8K secara berterusan selama 20 minit dalam suhu bilik.

Dari segi kemampuan mengambil gambar, R5 mampu merakam gambar dengan resolusi 45MP pada kadar 20fps.



Rekaan kamera ini dimuatkan 5.76M-dot OLED EVF dengan kadar segar semula 120Hz, 2.1M-dot LCD, dua slot kad SD dengan 1 slot CFExpress dan 1 slot UHS-II SD, port mikrofon, bicu audio, mikro HDMI serta sambungan WiFi dan Bluetooth.

Harga yang ditawarkan untuk badan kamera EOS R5 adalah RM17,999 dan akan tersedia mulai Ogos 2020.

Canon EOS R6


Selain EOS R5, Canon turut memperkenalkan EOS R6. Kamera mirrorless ini dilengkapi dengan sensor full-frame 20MP. Keupayaan ISO bagi EOS R6 mampu mencapai sehingga 102,400 dan boleh diperkembangkan kepada ISO 204,800.

harga Canon EOS R5

EOS R5 juga boleh merakam video 4K pada kadar 60fps dan slow motion pada kadar 120fps dalam HD penuh. Sama seperti Canon EOS 5, ia turut dimuatkan dengan dua kad slot SD.

Badan kamera Canon EOS R6 ditawarkan pada harga RM11,999 dan akan dijual bermula September 2020.