Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pixel 8 Pro unboxing_

Belum Lagi Dilancar, Tapi Video ‘Unboxing’ Siri Pixel 8 Sudah Tertiris

Diterbitkan Oktober 2, 2023 · Dikemas kini Oktober 2, 2023 oleh Amalina Athman

Pada Ogos lalu, Google telah mengumumkan siri Pixel 8 akan dilancarkan pada 4 Oktober. Namun, pelbagai maklumat mengenai kedua-dua model dalam siri itu, termasuk spesifikasi penuh telah tertiris sejak bulan lalu.

Kini, video unboxing pula dilaporkan tertiris, sekali gus mengesahkan apa yang ada di dalam kotak, termasuk beberapa butiran mengenai Pixel 8 dan Pixel 8 Pro.

Berkaitan

  • Google Mendedahkan Rekaan Google Pixel 8 Pro
  • Google Perlihat Rekaan Pixel 8 Dan Pixel 8 Pro - Ini Yang Baharu
  • Imej Pixel 8 Pro Dilihat Hadir Dengan Pilihan Warna Baharu

Melalui Shorts di YouTube, PBK Reviews telah memuat naik dua video pendek dengan kotak bungkusan yang mengandungi Pixel 8 berwarna Hazel dan Pixel 8 Pro berwarna hitam, serta kabel USB-C dan adapter Quick Switch.

Video itu turut memperlihat rekaan Pixel 8 Pro dan Pixel 8, masing-masing dengan kemasan matte dan glossy. Seperti dilapor sebelum ini, Pixel 8 Pro hadir dengan tetapan tiga kamera yang diletakkan dalam satu bar yang sama, berbanding sebelum ini dengan susunan bar 2+1.

Belum Lagi Dilancar, Tapi Video ‘Unboxing’ Siri Pixel 8 Sudah Tertiris
Pixel 8
Belum Lagi Dilancar, Tapi Video ‘Unboxing’ Siri Pixel 8 Sudah Tertiris
Pixel 8 Pro
Belum Lagi Dilancar, Tapi Video ‘Unboxing’ Siri Pixel 8 Sudah Tertiris
Belum Lagi Dilancar, Tapi Video ‘Unboxing’ Siri Pixel 8 Sudah Tertiris

Selain itu, ia dengan jelas menunjukkan Pixel 8 Pro dengan sensor suhu yang berada di bawah flash.

Menjengah ke bahagian komen, PBK mengatakan kedua-dua model masih menggunakan sensor cap jari optikal, bukannya sensor ultrasonik. Namun, tidak dapat dipastikan jika teknologi generasi baharu dengan lebih pantas dan tepat digunakan pada sensor tersebut atau sebaliknya.

Saluran itu turut mengesahkan penggunaan CPU 9-teras dalam Tensor G3, serta petunjuk daripada aplikasi maklumat perkakasan yang menunjukkan sensor kamera utama masih menggunakan Samsung GN1.

Sehingga itu, nantikan acara pelancaran siri Pixel 8 yang dijadualkan berlangsung pada 4 Oktober 2023.

Sumber: 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY