Google Play Music Akan Ditamatkan Hujung Tahun Ini, Diganti Dengan YouTube Music

Sejak beberapa bulan lalu, Google mula memperkenalkan YouTube Music. Aplikasi ini turut diperbaharui dengan ciri baharu serta keupayaan untuk memindahkan muzik, senarai main dan sebagainya dari Google Play Music. Terbaru, Google mengumumkan YouTube Music akan menggantikan Google Play Music pada Disember 2020.

Bermula September 2020, pengguna di New Zealand dan Afrika Selatan tidak lagi boleh melakukan penstriman muzik melalui aplikasi Google Play Music, dan perubahan yang sama akan berlaku pada pasaran global yang lain pada Oktober ini. Langganan juga akan dibatalkan secara automatik.



Bagaimanapun, senarai main, library, dan kandungan tersebut masih belum dipadamkan dan pengguna diberi tempoh sehingga Disember ini untuk memindahkan kandungan tersebut ke YouTube Music. Bermula 2021, Google Play Music akan ditamatkan sepenuhnya.

Terdahulu, YouTube Music telah ditambah dengan pelbagai fungsi baharu termasuk rekaan Player baharu, tab Explore dan integrasi dengan perkhidmatan Google sedia ada.

Sumber: YouTube