Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
[Dikemas Kini] Yoodo Sedang Alami Gangguan Rangkaian Perkhidmatan

[Dikemas Kini] Yoodo Sedang Alami Gangguan Rangkaian Perkhidmatan

Diterbitkan Mei 21, 2024 · Dikemas kini Mei 21, 2024 oleh Amalina Athman

Kemas kini 2, 21 Mei 2024, 10.16 malam: CelcomDigi telah memulihkan perkhidmatan internet rangkaian Celcom sepenuhnya. Dengan isu yang telah pun diselesaikan, perkhidmatan internet rangkaian Yoodo juga sepatutnya sudah kembali pulih seperti biasa.

[Dikemas Kini] Yoodo Sedang Alami Gangguan Rangkaian Perkhidmatan


Kemas kini 1, 21 Mei 2024, 8.54 malam: CelcomDigi kini mengesahkan sedang mengalami masalah gangguan rangkaian dan dalam usaha untuk menyelesaikannya.

Pelanggan yang dihormati, kami kini mengalami masalah gangguan pada rangkaian Celcom dan sedang berusaha untuk menyelesaikannya dengan segera. Terima kasih.

— CelcomDigi (@CelcomDigi) May 21, 2024


Artikel asal: Yoodo kini memaklumkan sedang mengalami gangguan Data Rangkaian CelcomDigi, yang menyebabkan pengguna tidak dapat mengakses perkhidmatannya.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Jenama Yoodo Dihentikan Mulai Ogos 2024
  • Ini Yang Perlu Diketahui Mengenai Penamatan Jenama Yoodo

Melalui tinjauan di media sosial, sejumlah pengguna mengatakan gangguan perkhidmatan itu menyebabkan tiada langsung bar status pada rangkaian selular. Sebilangannya pula memaklumkan beberapa platform media sosial tidak dapat diakses.

Dear users, we’re currently experiencing CelcomDigi Network Data interruption. Our apologies for any inconvenience caused. We will keep you updated once issue is resolved. Thank you for your patience.

— Yoodo (@yoodoMY) May 21, 2024

Seperti diketahui, Yoodo menggunakan rangkaian CelcomDigi. Berikutan itu, sejumlah pengguna melaporkan isu yang sama turut berlaku pada perkhidmatan Celcom. Manakala pengguna Digi, termasuk penulis, tidak terjejas sekurang-kurangnya sehingga artikel ini ditulis.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada CelcomDigi berhubung gangguan perkhidmatan ini.

Berbalik kepada konteks, Yoodo menyatakan pihaknya akan memberikan kemas kini sebaik sahaja isu berkenaan diselesaikan.

Sumber: Yoodo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
  • OPPO Perkenal ColorOS 17 Secara Global - Bawa Ciri AI Baharu, Prestasi Lebih Lancar, Keselamatan Dipertingkatkan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM100
  • Kos DRAM Dan Storan SSD Kini Sumbang Hampir 40% Harga Sebuah PC
  • NEXAL Rasmi Dilancarkan Di Malaysia, Perkenal Tablet NEXAL Pad Berharga RM1,099
  • MyDigital ID Nafi Guna Teknologi Blockchain Pihak Ketiga
  • HONOR 600S 5G Kini Dijual Di Malaysia, Bateri 8,100mAh Pada Harga RM1,299
  • CMF Perkenal Speaker S Dan Speaker M, Bateri Sehingga 18 Jam
©2026 WISER.MY