Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
yes 5g

Yes Tawar Diskaun 20% Selama 2 Tahun Dengan Pelan Jalur Lebar Wayarles Yes 5G

Diterbitkan Januari 12, 2024 oleh ariff bukhari

Jalur Lebar Wayarles Yes yang juga dikenali sebagai Akses Tetap Wayarles (FWA) merupakan generasi baru internet kelas fiber 5G bertaraf global. 

Dengan gabungan kepantasan jalur lebar fiber dan fleksibiliti wayarles, teknologi Jalur Lebar Wayarles Yes 5G membolehkan sambungan internet berkelajuan tinggi di dalam kawasan liputan 5G.

Jadi, bagi membantu peniaga-peniaga mengoperasikan perniagaan mereka di mana sahaja, Yes 5G telah melancarkan promosi menarik menerusi Pelan Jalur Lebar Wayarles Yes 5G dengan pilihan 300Mbps atau kelajuan tanpa had serta data 5G tanpa had.

Sah sehingga 28 Februari 2024, pelanggan perusahaan yang mendaftar dalam tempoh itu akan menikmati diskaun sebanyak 20% apabila mendaftar untuk Pelan Jalur Lebar Wayarles Yes 5G, berharga RM159/bulan untuk 300Mbps (harga biasa: RM199/bulan) atau RM239/bulan untuk kelajuan tanpa had (harga biasa: RM299/bulan) dengan kontrak 24 bulan.

KV_Yes 5G Biz Wireless Broadband

Pelan Jalur Lebar Wayarles Yes 5G telah dimanfaatkan oleh ramai pelanggan perusahaan dalam pelbagai indsutri seperti Gigi Coffee, Kumpulan Masteron dalam sektor pembinaan, Pusat Beli-belah IPC dan banyak lagi.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Pelan Jalur Lebar Wayarles Yes 5G dengan melayari https://www.yes.my/enterprise/yes-biz-wireless-broadband/ atau kunjungi mana-mana kedai Yes Store hari ini. 

Berkaitan

  • Safee Sali Kini Di eFootball™ 2024, Pemain Malaysia Pertama Dalam Game Ini
  • CelcomDigi fiber Dan Oyen Bersama Melindungi Pengguna Dengan Servis Digital Trust Baharu
  • OPPO Malaysia Lancar Dua Fon Putik Dengan Harga Mampu Milik

Sumber: Siaran media Yes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY