Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
yamaha r1 2

Yamaha Bakal Menggantikan Komponen Plastik Dalam Enjin Motor Dengan Kayu

Diterbitkan Disember 9, 2022 · Dikemas kini Disember 9, 2022 oleh ariff bukhari

Yamaha kini dilaporkan sudah pun mula menggantikan sebahagian daripada komponen plastik yang digunakan di dalam enjin motorsikal mereka dengan bahan berasaskan kayu.

Bahan yang dikenali sebagai CNF (komposit Cellulose nanofiber resin) itu dibuat daripada gentian kayu yang diuli ke dalam resin, seperti polipropilena.

Resin CNF adalah 25 peratus lebih ringan daripada resin semasa yang digunakan dalam komponen enjin dan ia boleh dikitar semula.

Menggantikan plastik juga sekaligus mengurangkan pelepasan CO2 dari pembuatan plastik. Oleh itu, resin CNF lebih mampan dalam proses pembuatannya.

Yamaha Bakal Menggantikan Komponen Plastik Dalam Enjin Motor Dengan Kayu
CNF.

Untuk menjayakan usaha itu, Yamaha berkerjasama dengan Nippon Paper Industries di mana mereka mendakwa sebagai yang terawal di dunia menggunakan CNF dalam komponen kenderaan.

Yamaha dilaporkan bukan sahaja mahu menggantikan plastik dengan  CNF pada motorsikal mereka sahaja tetapi juga untuk produk-produk keluaran mereka yang lain juga.

Berkaitan

  • EU Tetapkan iPhone Perlu Beralih Kepada USB-C Sebelum Tarikh Ini
  • Cepat Muat Turun 2 Permainan Berharga RM93 Ini Secara Percuma Dari Epic Games
  • 5 Powerbank Terbaik Bawah RM100

Sumber: thedrive, Interplas Insights

Gambar utama: Yamaha Motorcycle

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY