Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi XRING T1

XRING T1 – Cip 4G Jam Pintar Xiaomi Dengan eSIM

Diterbitkan Mei 23, 2025 ยท Dikemas kini Mei 23, 2025 oleh Amalina Athman

Bersama pelancaran XRING O1, Xiaomi turut memperkenalkan cip SoC baharu khusus untuk jam pintar.

Dinamakan sebagai XRING T1, ia merupakan cip 4G jam pintar pertama Xiaomi yang dilengkapi dengan baseband 4G yang dibangunkan sendiri.

XRING T1_1

Dengan sokongan eSIM, cip ini membolehkan komunikasi tanpa perlu disambungkan kepada telefon pintar. Ia juga menawarkan kecekapan bateri yang terbaik dalam kelasnya.

Disokong oleh lebih 7,000 ujian makmal dan lebih setahun ujian penggunaan sebenar di lebih 100 bandar, XRING T1 menawarkan peningkatan prestasi 4G sebanyak 35% berbanding pesaing, selain mengurangkan penggunaan tenaga untuk panggilan suara dan data.

Cip ini turut menyokong pelbagai ciri menarik seperti muka jam boleh ubah suai, pratonton kamera dari jauh serta kawalan kenderaan Xiaomi terus dari jam tanpa perlu sambungan telefon.

Xiaomi Watch S4 eSIM_1

Xiaomi XRING T1 hadir bersama pelancaran Xiaomi Watch S4 edisi ulang tahun ke-15.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Xiaomi Perkenal Cip XRING O1 - 3nm, 10 Teras CPU, 16 Teras GPU
  • Xiaomi 15S Pro, Pad 7 Ultra Dilancarkan Dengan Cip XRING O1
  • YU7, SUV Pertama Xiaomi Hadir Sebagai Pencabar Tesla Model Y

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY