Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi YU7_8

YU7, SUV Pertama Xiaomi Hadir Sebagai Pencabar Tesla Model Y

Diterbitkan Mei 23, 2025 oleh Amsyar Latif

Xiaomi secara rasmi memperkenalkan model SUV elektrik pertama mereka, Xiaomi YU7, yang direka untuk menyaingi pemain besar dalam pasaran seperti Tesla Model Y dan BYD Sealion 7. Dikenali sebagai SUV mewah berprestasi tinggi, YU7 menyasarkan golongan profesional moden yang mahukan gaya, prestasi dan teknologi dalam satu pakej.

Rekaan dan Dimensi

xiaomi yu7
xiaomi yu7
xiaomi yu7
xiaomi yu7

Xiaomi YU7 hadir dengan dimensi 4999 mm panjang, 1996 mm lebar, 1600 mm tinggi, dan jarak roda 3000 mm. Ia tampil dengan rekaan elegan, lampu hadapan “hollow waterdrop”, lampu belakang ultra merah, pemegang pintu flush automatik dan pilihan warna eksklusif seperti Emerald Green.

Ruang kabin

xiaomi yu7
xiaomi yu7
xiaomi yu7
xiaomi yu7
xiaomi yu7
xiaomi yu7

Ruang dalaman SUV ini menampilkan skrin HyperVision Panoramic Display sepanjang 1.1 meter, tempat duduk graviti sifar dengan urutan, dan kemasan kulit Nappa mesra bayi.

Kabinnya luas dan selesa, dengan ruang simpanan hadapan berkapasiti 141 liter dan ruang but belakang 678 liter.

Apabila tempat duduk belakang dilipat rata, ruang simpanan belakang meningkat sehingga 1,758 liter, cukup besar untuk bawa beberapa bagasi besar atau peralatan aktiviti luar.

Secara keseluruhan, jumlah kapasiti simpanan dalam kereta ini ialah 1,970 liter, termasuk ruang-ruang kecil di dalam kabin.

Prestasi

xiaomi yu7

Tiga varian ditawarkan:

  • Standard (jarak 835 km, bateri 96.3 kWh)
  • Pro (jarak 760 km, AWD, bateri 96.3 kWh)
  • Max (jarak 770 km, AWD, bateri 101.7 kWh)

Varian Max mampu memecut dari 0–100 km/j dalam 3.23 saat, dengan kuasa maksimum 690 PS. Pengecasan pantas 800V membolehkan 10 hingga 80% dicapai dalam 12 minit sahaja.

xiaomi yu7

YU7 dibina dengan rangka hibrid keluli-aluminium, menggunakan bahan 2200 MPa Xiaomi Ultra-high strength steel. Ia turut dilengkapi LiDAR, radar 4D, 11 kamera HD, dan cip NVIDIA DRIVE AGX Thor untuk sistem pemanduan bantuan tahap tinggi.

Harga

xiaomi yu7

Pelancaran rasmi dijangka pada Julai 2025. Harga belum diumumkan, tetapi model skala 1:18 telah dijual dari RMB 599 (~RM353) hingga RMB 999 (~RM589).

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY