Kejohanan E-Sukan Kampus atau singkatannya KEK ini menampilkan tiga permainan popular tanah air iaitu Mobile Legends, Dota 2 dan Pro Evolution Soccer 2019 bagi merebut hadiah terkumpul bernilai RM180,000.
Dinyatakan juga, IPT dengan bilangan pasukan yang mencatat rekod kemenangan tertinggi akan berpeluang menerima biasiswa RM50,000 dari Celcom XPAX.
Ia dipertandingkan bagi universiti di lima zon berasingan iaitu Selatan (Johor, Melaka, Negeri Sembilan), Tengah (Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya), Utara ( Perak, Pulau Pinang, Perlis, Kedah), Pantai Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang) dan Borneo (Sabah, Sarawak).
Peringkat kelayakan akan diadakan bermula dipenghujung Februari, dan acara akhir peringkat zon sekitar Mac. Juara bagi setiap zon akan berentap di pentas akhir pada penghujung bulan April di Kuala Lumpur, pada lokasi yang akan diumumkan kemudian.
KEK merupakan kejohanan e-sukan pertama dalam Malaysia, ia akan dianjurkan oleh MyGameOn bersama Kitamen.
Pendaftaran akan dibuka pada awal Februari dan cara-cara mendaftar akan diumumkan kelak. Untuk maklumat lanjut boleh layari MyGameOn
Sumber: MyGameOn
Berkaitan
- SKMM Keluarkan Kenyataan Media Mengenai Hasil Perbincangan Dengan Telco
- Celcom Sudah Mula Tamatkan Rangkaian 3G Di Malaysia Secara Berperingkat
- Huawei MediaPad M5 Dan M5 Pro Dilancarkan Secara Rasmi Untuk Pasaran Malaysia
- Meizu Bergandingan Dengan MediaTek Dalam Menghasilkan Teknologi Pengecaman Wajah Yang Terbaik
- Lebih Ramai Mahu Berhenti Guna Sosial Media Daripada Merokok
- Dapat 100GB Percuma Jika Tambah Nilai Kredit Xpax Kali Pertama Dari Aplikasi Celcom Life
- Jimat RM5 Pembelian Kali Pertama Aplikasi Di Google PlayStore Melalui Celcom Pay
- MediaTek Ada Cip Pemproses Terbaru, MediaTek Dimensity 1000+
- Elakkan Daripada Mendedahkan Maklumat Peribadi Anda Di Media Sosial
- Celcom Tawar Tiket Penerbangan Percuma Kepada Pelanggan Celcom First