Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Elakkan Daripada Mendedahkan Maklumat Peribadi Anda Di Media Sosial

Elakkan Daripada Mendedahkan Maklumat Peribadi Anda Di Media Sosial

Diterbitkan April 23, 2017 · Dikemas kini April 23, 2017 oleh Helmi Samsuri

Hati-hati ketika berkongsi sesuatu di media sosial kerana ia mungkin akan disalahgunakan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Peringatan ini telah dikeluarkan oleh Datuk Jailani Johari, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia semalam.

“Apa yang ingin saya nasihatkan pengguna-pengguna di luar sana, jangan kita sewenang-wenangnya berkongsi maklumat peribadi sama ada nama, tarikh lahir atau pun nombor akaun (bank).

“Kebanyakan pengguna media sosial teruja memuat naik gambar yang mengandungi maklumat peribadi contohnya keputusan peperiksaan di mana di dalamnya terkandung nombor kad pengenalan dan lain-lain, begitu juga mereka yang memuatnaik gambar pasport sedangkan banyak maklumat peribadi dipaparkan,”

Datuk Jailani turut menambah sekiranya maklumat peribadi anda disebar tanpa persetujuan anda, kesalahan tersebut akan didakwa dibawah seksyen 130 dengan hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-dua sekalinya.

Jika anda menyedari maklumat peribadi anda disalahgunakan laporan boleh dibuat secara atas talian di laman web Jabatan Perlindungan Peribadi.

Sumber: Astro Awani

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY