Celcom Tawar Tiket Penerbangan Percuma Kepada Pelanggan Celcom First

Celcom hari ini telah mengumumkan beberapa penawaran menarik untuk pelanggan pelan pasca bayar Celcom First.

Menerusi pelan tersebut, pelanggan berpeluang menikmati tawaran satu tiket penerbangan ke destinasi di sekitar ASEAN atau mendapatkan tawaran bulanan berupa tiket wayang GSC, diskaun tambang Grab, baucar 11Street, App Store dan PlayStore.

Untuk pelanggan First Platinum dan First Platinum Plus dengan kontrak 12 bulan, anda akan ditawarkan:



  • Satu tiket penerbangan pergi dan balik ke salah satu 9 negara Asean atau

  • Pilih dua sahaja tawaran untuk setiap bulan - Percuma 1 tiket wayang GSC, baucar beli-belah RM10 11Street, percuma dua perjalanan Grab bernilai RM5 setiap satunya, baucar  RM10 Tealive, rebat RM10 AppStore, rebat RM10 PlayStore.


Selain itu, pelanggan kedua-dua pelan ini turut menikmati percuma perayauan internet di 9 negara Asean yang dikunjungi, percuma Anyday GB, dan percuma akses premium untuk iflix dan Yonder Music.

Tidak dilupakan untuk pelanggan First GoldFirst Gold Plus dan First Gold Supreme dengan kontrak 12 bulan, pilihan disediakan seperti berikut:



  • Satu tiket penerbangan pergi dan balik ke destinasi dalam Malaysia atau

  • Pilih satu sahaja tawaran setiap bulan - Percuma 15 video Walla, baucar RM10 11Street, percuma dua perjalanan Grab bernilai RM5 setiap satunya, baucar  RM10 Tealive, rebat RM10 AppStore, rebat RM10 PlayStore.


Keistimewaan lain adalah percuma Anyday GB, dan akses premium iflix serta Yonder Music.

Ganjaran ditebus menggunakan aplikasi MyCelcom, Myservices> Lifestyle Privileges. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web Celcom.

Tawaran ini layak dinikmati oleh pelanggan baru dan sedia tetapi dengan syarat, tidak terikat dengan sebarang kontrak. Pelanggan perlu lawati Celcom Blue Cube atau rakan rasmi Celcom diseluruh negara dan mendaftar kontrak 12 bulan tanpa sebarang cas tambahan dan berpeluang menebus ganjaran terbaru ini.

Sekiranya pelanggan terikat dengan kontrak dari Celcom, kontrak itu perlu dibatalkan untuk memberi laluan pendaftaran kontrak 12 bulan yang baru. Bayaran penalti juga akan dikenakan untuk pendaftaran baru itu.

Sumber: SoyaCincau