Lebih Ramai Mahu Berhenti Guna Sosial Media Daripada Merokok

Dalam satu kajian berpendapat lebih ramai orang mahu berhenti dari menggunakan sosial media daripada berhenti merokok.

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Bidvine.com mendapati 10% mahu berhenti menggunakan sosial media untuk tahun 2017 sementara 8% pula mahu berhenti merokok.

"Kajian terbaru ini menunjukkan bahawa penggunaan sosial media yang melampau boleh menyebabkan masalah kesihatan" jelas ketua pegawai eksekutif Bivdine.com, Sohrab Jahanbani.

Dapatan dari kajian itu juga mendapati pengguna yang menggunakan tujuh atau lebih aplikasi media sosial terdedah kepada 3 kali lebih kemurungan serta kebimbangan daripada pengguna yang menggunakan dua hingga tiga platform media sosial.

Hal ini terjadi mungkin disebabkan pengguna merasakan mereka perlu up-to-date dengan memuat naik status di setiap platform media sosial dan akhirnya merasa tertekan. Gaya hidup sebegini semakin membimbangkan ramai pihak kerana bukan sahaja mengganggu kesihatan fizikal malahan mental seseorang pengguna. Apa tidaknya, pengguna hanya duduk seharian melayan media sosial dari melakukan aktiviti sihat yang lain.

Antara aplikasi sosial media yang terlibat dalam kajian  “Use of multiple social media platforms and symptoms of depression and anxiety” adalah;  Snapchat, Reddit, Tumblr, Pinterest, Vine, LinkedIn, Facebook, YouTube, Twitter, Google Plus, dan Instagram.

Sumber: Techvibes