Dapat 100GB Percuma Jika Tambah Nilai Kredit Xpax Kali Pertama Dari Aplikasi Celcom Life

Bermula pada 30 Julai lalu, Celcom telah menjalankan satu  promosi ditujukan kepada pengguna prabayar Xpax yang mana  menawarkan data internet percuma sehingga 100GB.

Kempen ini hanya melibatkan pengguna prabayar Xpax yang melakukan tambah nilai kredit Xpax untuk kali pertama melalui aplikasi Celcom Life dalam tempoh kempen berlangsung iaitu 30 Julai - 30 September 2019.

Untuk menyertai kempen ini, pengguna prabayar Xpax perlu membuat tambah nilai kali pertama (RM10, RM30, RM50 atau RM100) dengan pembayaran kad debit, kad kredit, atau perbankan dalam talian melalui aplikasi Celcom Life.

Transaksi yang berjaya bakal menerima "Freebies" berupa data percuma itu dan Celcom akan menghantara SMS dalam tempoh 24 jam untuk memberitahu tentang ganjaran tersebut.

Bagi tambah nilai kali pertama, pengguna akan menikmati data percuma 25GB, tambah nilai kali kedua akan menerima 50GB dan kali ketiga akan menerima 100GB. Perlu diingatkan bahawa data internet ini hanya sah digunakan dalam tempoh 24 jam sahaja.



Untuk makluman, data internet percuma ini tidak boleh digunakan untuk hotspot. Sekiranya anda belum pernah membuat tambah nilai kredit Xpax menerusi aplikasi Celcom Life, bolehlah lakukannya sehingga 30 September 2019 nanti.