Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MediaTek Ada Cip Pemproses Terbaru, MediaTek Dimensity 1000+

MediaTek Ada Cip Pemproses Terbaru, MediaTek Dimensity 1000+

Diterbitkan Mei 11, 2020 oleh Helmi Samsuri

Cip pertama yang mempunyai sokongan 5G pertama dari MediaTek sedia dilancarkan pada November tahun lalu dengan nama Dimensity 1000. Kini ia didatangkan pula dengan versi ‘Plus’ yang diberikan beberapa peningkatan berbanding penawaran sebelumnya.

Dikenali sebagai Dimensity 1000+, ia dijanjikan dengan pengalaman penggunaan terbaik pada telefon pintar 5G. Antara yang dibawakan pada cip pemproses ini adalah ciri UltraSave untuk penjimatan kuasa dimana konfigurasi modem akan dilaraskan mengikut keadaan rangkaian dan aktiviti pengguna.

Bagi paparan, Dimensity 1000+ menyokong kadar segar semula sehingga 144Hz. Ini memberikan petunjuk peranti dengan paparan 144Hz akan datang tidak hanya dikuasakan oleh cip Qualcomm sahaja, sepertimana penawaran yang ada ketika ini.

Selain daripada itu, MediaTek turut menampilkan teknologi baru pada HyperEngine 2.0 seperti Resource Management Engine. Ia bertujuan menguruskan CPU, GPU dan memori secara lebih baik.

Menurut MediaTek, cip Dimensity 1000+ ini bakal ditawarkan dipasaran telefon pintar kelas atasan tidak lama lagi.

Sumber: MediaTek

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY