Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Pad 6S Pro global_1

Xiaomi Pad 6S Pro Dilancar Dengan Cip Snapdragon 8 Gen 2

Diterbitkan Februari 26, 2024 · Dikemas kini Februari 26, 2024 oleh Amalina Athman

Seiring pelancaran global siri Xiaomi 14, Xiaomi turut mengumumkan Pad 6S Pro.

Berkaitan

  • Xiaomi 14 Dan 14 Ultra Kini Rasmi Untuk Pasaran Global
  • Senarai Telefon Akan Terima Xiaomi HyperOS Versi Stabil
  • Xiaomi Watch S3, Watch 2, Smart Band 8 Pro Turut Diumumkan

Xiaomi Pad 6S Pro mempunyai binaan aloi aluminium yang menampilkan skrin 12.4-inci dengan resolusi 3K, kadar segar semula 144Hz, puncak kecerahan 700 nit, serta panel yang mempunyai perlindungan Corning Gorilla Glass 5.

Tablet ini dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan bersama konfigurasi memori 8GB/256GB dan 12GB/512GB berasaskan LPDDR5x dan UFS 4.0.

Dengan gandingan Xiaomi HyperOS, ia menyokong ciri baharu termasuk Tap to Share, Home Screen+, Xiaomi Smart Hub, kolaborasi merentas peranti dan sebagainya.

Xiaomi Pad 6s Pro

Xiaomi Pad 6S Pro diisi dengan kapasiti bateri 10,000mAh yang menyokong pengecasan 120W.

Untuk kamera, terdapat tetapan lensa 50MP (f/1.8) yang menyokong rakaman video 4K/60fps. Sementara bahagian hadapan mempunyai 32MP kamera swafoto.

Xiaomi Pad 6S Pro global_2

Antara lainnya, tablet ini menyokong sambungan Wi-Fi 7, Bluetooth 5.3 serta tersedia dengan warna Graphite Gray. Terdapat juga Xiaomi Focus Pen dan Xiaomi 6S Pro Touchpad Keyboard yang dijual secara berasingan.

Xiaomi Pad 6S Pro ditawarkan pada harga bermula EUR 699 (~RM3,611) untuk pasaran Eropah.

  • Beli produk Xiaomi di Shopee: https://invl.io/clks26j
  • Beli produk Xiaomi di Lazada: https://invol.co/clks26q

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
  • BIMB Mobile Ada Isu Keserasian Dengan Android 17 - Pengguna Diminta Tangguh Kemas Kini
  • OpenAI Perkenal GPT-6 Cyber - Diklasifikasikan Pada Tahap 'Kritikal' Dalam Keselamatan Siber
  • Pusat Data Baharu Microsoft Di Johor Bakal Guna Sistem Penyejukan Jimat Air
©2026 WISER.MY