Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Watch S3_6

Xiaomi Watch S3 Dilancar Dengan Sokongan eSIM, Bezel Boleh Tukar

Diterbitkan Oktober 27, 2023 oleh Amalina Athman

Selain siri Xiaomi 14, Xiaomi turut mengumumkan beberapa produk baharu termasuk Watch S3.

Berkaitan

  • Siri Xiaomi 14 Diumumkan - SD 8 Gen 3, HyperOS, Kecerahan 3000 Nit

Menyentuh spesifikasi, Xiaomi Watch S3 dilengkapi paparan AMOLED 1.43″ dengan kadar segar semula 60Hz dan maksimum kecerahan 600 nit.

Xiaomi Watch S3_12

Watch S3 mempunyai binaan aluminium dengan bezel dari jenis keluli tahan karat. Dua pilihan warna tersedia untuk versi standard iaitu Silver dan Black. Terdapat juga versi eSIM dengan bezel berwarna coklat.

Xiaomi Watch S3_10

Peranti ini juga hadir dengan rekaan bezel boleh tukar, membolehkan pengguna menukar bezel dengan hanya pusing dan tetapkan. Apabila bezel ditukar, muka jam juga akan ditukar secara automatik bagi menyesuaikan kedua-duanya.

Xiaomi Watch S3_9

Bateri dengan kapasiti 486mAh dimuatkan pada Watch S3. Menurut Xiaomi, ia mampu bertahan sehingga 15 hari bagi penggunaan biasa dan 7 hari dengan versi eSIM.

Seperti siri Xiaomi 14, jam tangan ini juga menjalankan Xiaomi HyperOS. Ia menyokong lebih 150 mod sukan, termasuk aktiviti luar, ski, permainan bola, tarian dan lain-lain.

Xiaomi Watch S3_11

Sebagai tambahan, Xiaomi Watch S3 turut menyokong pelbagai ciri pemantauan kesihatan, termasuk pemantauan waktu tidur, degupan jantung, tekanan darah dan lain-lain.

Antara lainnya, ia mempunyai sokongan kalis air 5ATM, NFC, GPS, dwi-frekuensi GNSS. Xiaomi Watch S3 serasi dengan Android 6.0 atau iOS 13 dan terbaharu.

Xiaomi Watch S3 tersedia pada harga 799 yuan (~RM522) untuk versi standard, manakala versi dengan sokongan eSIM berharga 999 yuan (~RM653).

Xiaomi Watch S3_2A

Selain itu, Xiaomi turut menawarkan pembelian berasingan set bezel dengan tali jam kulit, pada harga berikut:

  • Abysmal Sea/Biru– bezel keluli tahan karat: 179 yuan (~RM130)
  • Dual Time/Hijau+Hitam – bezel seramik dua warna: 249 yuan (~RM162)
  • Illuminating/Kuning – bezel seramik: 249 yuan (~RM162)
  • Black Rainbow – bezel forged carbon: 299 yuan (~RM195)

(Beli produk Xiaomi yang lain di Shopee atau Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY