Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi 14 launch date

Pelancaran Xiaomi 14 Sah Akan Berlangsung Minggu Ini

Diterbitkan Oktober 23, 2023 · Dikemas kini Oktober 23, 2023 oleh Amalina Athman

Setelah pelbagai spekulasi dan khabar angin, Xiaomi kini mengesahkan tarikh pelancaran siri Xiaomi 14.

Berkaitan

  • Xiaomi 14 Dilapor Tawar Sensor Kamera Lebih Besar
  • Tak Banyak Beza, Mungkin Ini Rekaan Xiaomi 14 Pro
  • CEO Xiaomi Umum Sistem Operasi Baharu, Xiaomi HyperOS

Menerusi Weibo, Xiaomi mengumumkan acara pelancaran Xiaomi 14 akan diadakan di China, pada 26 Oktober 2023. Selain Xiaomi 14, syarikat itu juga akan memperkenal sistem operasi baharu HyperOS dan Xiaomi Watch S3 pada acara tersebut.

Pelancaran Xiaomi 14 Sah Akan Berlangsung Minggu Ini
Pelancaran Xiaomi 14 Sah Akan Berlangsung Minggu Ini
Pelancaran Xiaomi 14 Sah Akan Berlangsung Minggu Ini

Setakat ini, Xiaomi 14 disahkan akan hadir dengan sistem kamera Leica Summilux baharu dan menjadi yang pertama dimuatkan sistem operasi Xiaomi HyperOS. Ia juga dijangka akan dilengkapi cip Snapdragon 8 Gen 3.

Terdahulu, Qualcomm mengumumkan acara Snapdragon Summit, yang akan memperkenal Snapdragon 8 Gen 3 bakal diadakan pada 24-26 Oktober 2023. Dengan pelancaran Xiaomi 14 beberapa hari selepas itu, ia menjadikannya antara terawal yang dijangka menggunakan cip itu.

Buat masa ini, tidak banyak yang didedahkan mengenai Xiaomi 14. Sehingga itu, nantikan acara pelancaran Xiaomi 14 yang dijadualkan berlangsung pada 7.00 malam, 26 Oktober 2023.

  • Beli produk Xiaomi di Shopee: https://invl.io/clk2qwt
  • Beli produk Xiaomi di Lazada: https://invol.co/clk2qx4

Sumber: Xiaomi Weibo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu - Apple Home Collection
  • HomePod mini 2 Rasmi, Hadir Dengan Siri AI Dan Lampu Mengikut Muzik
  • Apple Lancar Apple TV 4K Baharu Dengan Cip A19 Dan Siri AI
  • Apple HomeView Kini Rasmi - Skrin Pintar 7-Inci, Dikuasakan Apple Intelligence Dengan Siri AI
  • Senarai Penuh Peranti OPPO, OnePlus Dan realme Yang Dijadual Terima Kemas Kini ColorOS 17
  • OPPO Kerjasama Dengan Manus, Bawakan Keupayaan AI Berasaskan Ejen Ke Telefon Pintar
  • TNB Sedang Teroka Potensi Tenaga Angin Di Sabah
  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
©2026 WISER.MY