Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon 8 Gen 3

Snapdragon 8 Gen 3 Akan Diperkenal Pada Oktober

Diterbitkan Jun 2, 2023 · Dikemas kini Jun 2, 2023 oleh Amalina Athman

Qualcomm kini mengumumkan acara tahunan Snapdragon Summit akan berlangsung pada Oktober nanti, bertempat di Hawaii.

Berkaitan

  • Dimensity 9300 Mungkin Jadi Seteru Kuat Snapdragon 8 Gen 3
  • Qualcomm, Nintendo Dan Sony Dilapor Bekerjasama Bangunkan Konsol Sendiri

Tahun lalu, Qualcomm menganjurkan acara Snapdragon Summit pada 15-17 November di Hawaii. Bagi tahun ini, lokasinya masih sama, namun ia diadakan lebih awal iaitu pada 24-26 Oktober 2023.

Sudah pastinya, pengenalan cip andalan Snapdragon 8 Gen 3 akan menjadi tumpuan utama pada acara itu nanti. Berbanding pemproses 3nm, cip ini dikatakan bakal menggunakan teknologi nod pemprosesan 4nm daripada TSMC.

You’re invited to join us virtually for our next #SnapdragonSummit, live from Maui, Hawaii. 🌴 Save the date, October 24-26. pic.twitter.com/fmV0z29FAT

— Snapdragon (@Snapdragon) June 1, 2023

Sementara itu, mengambil kira pengenalan cip Snapdragon 8 Gen 3 pada Oktober, kita mungkin dapat menyaksikan pelancaran siri Xiaomi 14 pada November kelak.

Sumber: Snapdragon

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Bangunkan Sistem Keselamatan Warga Emas Yang Tinggal Bersendirian
  • Xiaomi Pegang Pasaran Telefon Pintar Malaysia Pada Suku Ke-3 2026
  • Leapmotor B10 Kinetix Edition Hadir Dengan Bodykit Eksklusif, Jumlah Terhad
  • Kerajaan Perketat Pemantauan Bekalan Elektrik, Air Untuk Pembangunan Pusat Data
  • Tesla Mula Jual Cybercab Kepada Pelanggan Terpilih
  • Jensen Huang Dilapor Pertimbang Untuk Kembali Sebagai CEO NVIDIA
  • 40 Satelit Internet Amazon Musnah Selepas Pelancaran Roket Gagal
  • Facebook Akan Padam Profil Tambahan Selepas 14 Disember 2026
©2026 WISER.MY