Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tak Banyak Beza, Mungkin Ini Rekaan Xiaomi 14 Pro

Tak Banyak Beza, Mungkin Ini Rekaan Xiaomi 14 Pro

Diterbitkan Oktober 16, 2023 · Dikemas kini Oktober 24, 2023 oleh Amal Addin

Xiaomi dikhabarkan akan memperkenalkan Xiaomi 14 dan 14 Pro pada 27 Oktober ini. Walaupun Xiaomi sendiri masih belum mendedahkan apa-apa tentang peranti ini, tetapi peniris terkenal; OnLeaks telah mendedahkan reka bentuk Xiaomi 14 Pro.

Xiaomi 14 Pro akan mempunyai paparan berlubang di tengah untuk kamera swafoto sama seperti Xiaomi 13 Pro, skrin AMOLED 2.5D padanya juga lebih kecil daripada 13 Pro iaitu daripada 6.73″ kepada 6.6“.

Tak Banyak Beza, Mungkin Ini Rekaan Xiaomi 14 Pro

Di bahagian belakang, peranti ini mempunyai modul kamera agak besar, yang juga menempatkan sehingga 4 kamera.

Selain itu, Xiaomi 14 Pro mungkin hadir dengan bingkai logam yang rata. Butang pada sisi peranti juga masih sama tetapi peranti ini dikatakan mungkin lebih tebal berbanding pendahulunya.

Tak Banyak Beza, Mungkin Ini Rekaan Xiaomi 14 Pro

Pada bahagian bawah pula mempunyai port USB-C yang diapit oleh slot kad SIM, mikrofon dan pembesar suara. Manakala pada bahagian atas pula terdapat pembesar suara kedua.

Lain-lain spesifikasi yang dijangka adalah dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 3, sokongan pengecasan sehingga 120W dan penarafan kalis air serta debu.

Sekiranya benar apa yang dikatakan, mungkin kita bakal lihat siri Xiaomi 14 dalam masa terdekat yang mana dijangka akan diperkenalkan semasa acara Snapdragon Summit berlangsung nanti.

Berkaitan

  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah
  • 5 Telefon Android Untuk 'Gaming' Berbaloi Buat Masa Sekarang
  • ROG Phone 6 Tampil Dengan Edisi Terhad MLBB, Dijual Pada Harga RM2299
  • Telefon Pintar Dengan Kamera Swafoto Terbaik Jadi Milik iPhone 15 Pro Max
  • OnePlus Sahkan Nama, Tarikh Pelancaran Telefon Lipat Pertama
  • Apple Kongsi Tips Beli iPhone Terpakai, Ini Senarainya

Sumber: 91mobiles

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY