Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi HyperOS

Xiaomi Sahkan Peranti Dengan ‘Unlock Bootloader’ Tak Dapat Kemas Kini HyperOS

Diterbitkan November 9, 2023 · Dikemas kini Disember 5, 2023 oleh Amalina Athman

Dengan pengumuman siri Xiaomi 14 di China, Xiaomi telah memperkenal antara muka baharu HyperOS bagi menggantikan MIUI.

Bagaimanapun, laporan menyatakan Xiaomi menghalang pengguna daripada membuka kunci atau unlock bootloader bagi telefon dengan HyperOS dan MIUI untuk seketika. Sekatan telah ditarik balik sebahagiannya untuk pengguna MIUI, tetapi pengguna HyperOS masih tidak dapat membuka kunci bootloader sehingga hari ini.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Siri Xiaomi 14 Diumumkan - SD 8 Gen 3, HyperOS, Kecerahan 3000 Nit
  • HyperOS 1.0 Akan Dilancar Suku Pertama 2024, Ini Peranti Yang Dapat Dulu

Kini, Xiaomi mengesahkan buka kunci bootloader akan dilumpuhkan secara default untuk semua peranti baharu dengan HyperOS. Menurut syarikat itu,

To protect the device’s security, avoid data leakage, and provide users with a more secure and stable user experience, bootloader unlocking will be disabled by default on Xiaomi HyperOS.

Sebaliknya, pengguna perlu meminta kebenaran untuk membuka kunci melalui forum Xiaomi Community, yang mana perincian mengenai permohonan itu akan diumumkan kemudian.

Sebelum ini, Xiaomi juga melakukan perkara yang sama untuk peranti dengan MIUI. Walaupun begitu, berkemungkinan kelak Xiaomi mempunyai keperluan yang lebih tinggi untuk memohon buka kunci bootloader. 

Kemas kini untuk pengguna MIUI

Khabar kurang gembira, Xiaomi juga mengesahkan peranti dengan buka kunci bootloader tidak akan menerima sebarang kemas kini atau naik taraf HyperOS. Ia terpakai sama ada peranti menjalankan MIUI atau HyperOS.

Previous operating systems, such as MIUI 14, still retain the ability to unlock, but users will no longer receive any Xiaomi HyperOS updates if they leave their devices in an unlocked state,

Pengguna hanya akan menerima kemas kini HyperOS jika memilih untuk mengunci semula peranti. Semuanya terpakai untuk peranti Xiaomi di luar China.

  • Beli produk Xiaomi di Shopee: https://invl.io/clk7rbs
  • Beli produk Xiaomi di Lazada: https://invol.co/clk7rbm

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu - Apple Home Collection
  • HomePod mini 2 Rasmi, Hadir Dengan Siri AI Dan Lampu Mengikut Muzik
  • Apple Lancar Apple TV 4K Baharu Dengan Cip A19 Dan Siri AI
  • Apple HomeView Kini Rasmi - Skrin Pintar 7-Inci, Dikuasakan Apple Intelligence Dengan Siri AI
  • Senarai Penuh Peranti OPPO, OnePlus Dan realme Yang Dijadual Terima Kemas Kini ColorOS 17
  • OPPO Kerjasama Dengan Manus, Bawakan Keupayaan AI Berasaskan Ejen Ke Telefon Pintar
  • TNB Sedang Teroka Potensi Tenaga Angin Di Sabah
  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
©2026 WISER.MY