Xiaomi Perkenal Mi A2 Di Acara Yang Berlangsung Di Madrid

Saban hari kita kekenyangan dengan hidangan khabar angin Mi A2 , namun pada hari ini sajian utama telah dipersembahkan kepada umum.

Mi A2 kini telah dilancarkan secara rasmi pada satu acara yang berlangsung di kota Madrid sebentar tadi.

Peranti itu merupakan sambungan kepada model Mi A1 yang mendapat sambutan hangat daripada peminat jenama Xiaomi tahun lalu. Mengikut jejak langkah siri pertama, Mi A2 akan menjalankan sistem operasi Android One.



Apabila dipasarkan, Mi A2 diramal menerajui kelas pertengahan kerana dilengkapi beberapa fungsi dan ciri model flagship.

Telefon pintar ini tampil dengan cip Snapdragon 660, RAM 6GB bersama-sama storan dalaman sebesar 128GB. Satu versi lagi menampilkan kapasiti memori yang lebih sedikit iaitu RAM 3GB dan storan 32GB.

Bagi tetapan kamera, Mi A2 dipasang dengan dwi kamera 12MP untuk lensa utama dan 20MP untuk lensa kedua. Sementara itu, bahagian hadapan menggunakan kamera 20MP. Dilaporkan ciri pada sistem kamera dipertingkatkan untuk menghasilkan foto dengan warna yang lebih jelas dan baik pada keadaan kurang pencahayaan.

 

Mi A2 akan didagangkan pada harga berikut:

  • 249 Euro ~RM1183.47 (RAM 4GB/ 32GB)

  • 279 Euro ~RM1326.05 (RAM 4GB/ 64GB)

  • 349 Euro ~RM1658.75 (RAM 6GB/ 128GB)


*mengikut tukaran matawang asing semasa

Baca juga - Mi A2 Lite – Model “Adik” Kepada Mi A2 Dilancarkan