Mi A2 Lite - Model "Adik" Kepada Mi A2 Dilancarkan

Disamping pelancaran Mi A2, Xiaomi turut melancarkan model kelas permulaan iaitu Mi A2 Lite dengan penawaran yang rendah sedikit berbanding model utama.

Berbeza dari abangnya, Mi A2 Lite mempunyai rekaan takuk pada bahagian atas skrin yang berukuran 5.49 inci dengan nisbah paparan 19:9.

Sesuai dengan nama "Lite", peranti terbabit dikuasakan dengan Snapdragon 625 bergandingan dengan memori RAM 3GB dan ruang storan 32GB. Satu lagi variasi menampilkan RAM 4GB dan storan dalaman sebesar 64GB.

Menggunakan tetapan dwi kamera 12MP + 5MP dibahagian belakang dan kamera swafoto 5MP.

Bakal dijana dengan bateri 4000mAh dan menjalankan sistem operasi Android One, Mi A2 Lite akan dipasarkan pada harga 179 euro (~RM849.83) bagi variasi RAM 3GB/32GB sementara versi RAM 4GB/64GB akan dijual pada harga 229 (~RM 1087.21).

Xiaomi Mi A2 dan Mi A2 Lite dilaporkan bakal hadir ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Tarikh sebenar penawaran belum dikongsikan Xiaomi lagi tetapi pada acara pelancaran, Malaysia tersenarai sebagai negara terawal yang akan memasarkannya kepada pembeli.

Baca juga - Xiaomi Perkenal Mi A2 Di Acara Yang Berlangsung Di Madrid