Menjalankan sistem MIUI Watch berasaskan WearOS didalamnya, Mi Watch beroperasi menggunakan cip Snapdragon Wear 3100 bersama-sama storan 8GB dan RAM 1GB. Skrin berjenis AMOLED dengan ukuran 1.78 inci digunapakai pada jam tangan pintar ini yang turut mempunyai ciri Always on Display.
Dari segi sambungan, Xiaomi menyediakan peranti ini dengan sokongan GPS, NFC, Wi-Fi 802.11b/g/n 2.4 GHz, Bluetooth 4.2 serta eSIM.
Menurut Xiaomi, jam tangan pintar ini berupaya untuk memantau tahap tekanan dan tidur malam pengguna menerusi ciri pantauan kadar degup jantung yang sentiasa aktif. Selain itu, ia menghadirkan dengan pelbagai mod riadah yang boleh dipilih mengikut aktiviti pengguna.
Ia mempunyai dua versi yang dibezakan pada bateri serta binaan, iaitu 570mAh dijual pada 1300 yuan (~RM767) dan versi eksklusif bersama binaan nilam serta keluli tahan karat dengan bateri 590mAh diletakkan pada nilai 2000yuan (~RM1179).
Berkaitan
- Xiaomi Nak Kamera Yang Berputar Dari Dalam
- Siri OPPO Find X2 Kini Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM3999
- Telefon Xiaomi Terjual Sebanyak 1 Juta Unit Dalam Masa 2 Hari Di India
- Xiaomi Patenkan Rekaan Takuk Dibahagian Bawah
- Rakyat Malaysia Mahukan Internet Berkelajuan Tinggi Dengan Harga Mampu Milik
- Xiaomi Redmi 4 Dan Redmi 4A Terima MIUI 10 Global
- Realme Memasuki Pasaran Malaysia Secara Rasmi Dengan Harga Yang Cukup Berpatutan
- OPPO Patenkan Rekaan Mirip Model Find X Tetapi Dengan Dua Kamera Swafoto
- Keluarga Redmi Note 9 Boleh Dibeli Pada Harga Promosi Pada Lazada 7.7 Ini
- Redmi K30 Pro Hadir Diperkenalkan Bulan Hadapan