Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Mungkin Lengkapkan 4 Model Dengan Kamera 108MP

Xiaomi Mungkin Lengkapkan 4 Model Dengan Kamera 108MP

Diterbitkan September 3, 2019 oleh Helmi Samsuri

Awal Ogos yang lalu, sewaktu mengesahkan kehadiran peranti dengan kamera 64MP bagi Redmi, Xiaomi tidak ketinggalan memberi gambaran bahawa mereka akan melancarkan peranti dengan kamera 108MP. Ia kemudiannya disusuli dengan pengumuman Samsung yang memperkenalkan Samsung ISOCELL Bright HMX (108MP) yang mana penghasilan sensor itu dilakukan secara kerjasama dengan Xiaomi.

Perkhabaran terbaru, Xiaomi kini dikatakan telah merancang untuk melengkapkan sensor 108MP itu pada empat model berbeza seperti yang dikenal pasti oleh XDA-Developers. Peranti-peranti tersebut menggunakan nama kod  “tucana”, “draco”, “umi”, dan “cmi”. Ia dikesan melalui kod yang ditemui pada aplikasi Mi Gallery.

Aplikasi tersebut dilihat menambah sokongan untuk memaparkan foto 108MP pada resolusi penuh bagi keempat-empat telefon pintar terbabit. Terdahulu, melalui sumber kod yang sama, dua model dikenal pasti menggunakan kamera hadapan terangkat yang mana ia akhirnya dikenali sebagai Mi9T/Redmi K20 serta Mi 9T Pro/Redmi K20 Pro dan ini menguatkan lagi desas-desus berkenaan peranti akan datang dari Xiaomi.

Khabar angin awal meramalkan Mi Mix 4 akan membawakan kelengkapan 108MP pada sistem kamera tetapi menerusi laporan ini, ia menyatakan sebaliknya dan untuk itu, sama-sama kita nantikan pengumuman daripada pengeluar.

Sumber: XDA-Developers 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY