Samsung Dengan Kerjasama Xiaomi Perkenalkan Sensor Kamera 108 Megapiksel

Samsung telah perkenalkan sensor kamera yang mencapai sehingga 108megapiksel. Sensor yang dikenali sebagai Samsung ISOCELL Bright HMX itu didakwa bakal merevolusi kamera yang ada pada telefon pintar masa kini.

Kejayaan penghasilan sensor tersebut dicapai menerusi kerjasama antara pihak Samsung dan Xiaomi. Sensor yang hanya sebesar 1/1.33-inci, mampu merakam gambar pada tahap kualiti terbaik dalam pelbagai keadaan cahaya. Dilengkapi dengan teknologi yang dipanggil sebagai Tetracell  membolehkan penghasilan gambar 27-megapixel dengan baik walaupun dalam keadaan cahaya yang malap.

Manakala dalam keadaan persekitaran yang cerah, penggunaan mekanisma Smart-ISO mampu dioptimasi berdasarkan keadaan persekitaran, sekaligus mengurangkan kesan 'noise' yang kebiasaannya berlaku apabila dirakam dalam suasana gelap.

Malah sensor ini juga mampu merakam video pada resolusi sehingga 6K (6016 x 3384, 30fps).

For ISOCELL Bright HMX, Xiaomi and Samsung have worked closely together from the early conceptual stage to production that has resulted in a groundbreaking 108Mp image sensor. We are very pleased that picture resolutions previously available only in a few top-tier DSLR cameras can now be designed into smartphones,” Lin Bin, Presiden Xiaomi.

Pengeluaran besar-besaran sensor Samsung ISOCELL Bright HMX ini dijangka akan bermula pada bulan hadapan.

Berkaitan